Wednesday, February 25, 2009

ADA APA DENGAN MIMPI??



Hadis Abu Qatadah r.a katanya: Aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Mimpi itu ada yang datangnya dari Allah dan ada pula yang datangnya dari syaitan. Maka apabila salah seorang di antara kamu bermimpi yang tidak menyenangkan, maka hendaklah beliau meludah ke sebelah kirinya sebanyak tiga kali, kemudian dia memohon perlindungan daripada Allah dari kejahatannya. Mimpi itu tidak akan membahayakannya.

Hadis Abu Hurairah r.a: Dari Nabi s.a.w. Baginda bersabda: Apabila Kiamat semakin dekat, mimpi seorang muslim hampir tidak dusta. Mimpi salah seorang di antara kamu yang paling dekat dengan kebenaran adalah mimpi orang yang paling jujur dalam berbicara. Mimpi seorang muslim adalah satu daripada empat puluh lima bahagian kenabian. Mimpi itu sendiri terbahagi kepada tiga aspek iaitu: Mimpi baik, adalah khabar gembira yang datang dari Allah. Mimpi sedih, adalah mimpi yang datang dari syaitan. Kemudian mimpi yang datang dari bisikan diri sendiri, iaitu jika salah seorang di antara kamu bermimpi yang tidak menyenangkan, maka hendaklah beliau bangun dari tidur lalu mendirikan sembahyang dan dikehendaki jangan beliau ceritakan mimpi tersebut kepada manusia. Baginda bersabda lagi: Aku sangat menyukai seutas tali dan tidak menyukai sebuah belenggu. Tali adalah lambang keteguhan dalam beragama. Akan tetapi aku tidak tahu apakah yang terakhir ini adalah termasuk Hadis atau sekadar ucapan Ibnu Sirin sahaja.

Hadis Anas bin Malik r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Mimpi seorang mukmin adalah salah satu daripada empat puluh enam bahagian kenabian.

Hadis Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Sesiapa yang pernah melihat aku dalam mimpinya, bererti dia benar-benar melihatku. Sesungguhnya syaitan tidak boleh menjelma dengan rupaku.
Hadis Abu Qatadah r.a katanya: Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Sesiapa yang pernah melihat aku dalam mimpinya maka dia benar-benar melihat sesuatu yang benar.

Friday, February 20, 2009

tips berurusan dengan lelaki ajnabi...


Berikut adalah 5 tips bagaimana berurusan dgn lelaki ajnabi. Tips2 ni telah dikongsi oleh seorang sahabat yg amat disenangi oleh kaum wanita dan disegani oleh kaum lelaki. Semoga dgn mengamalkan perbatasan perhubungan ini, akan lebih suci bagi hati kita dan bagi hati mereka. Sama2 lah kita menjaga hati.


1. Elakkan berurusan dgn lelaki. Kalau ada peluang utk minta tolong dgn perempuan, mintalah tolong dari perempuan. Disebabkan limitation kemampuan perempuan seperti repair kereta, repair laptop dan lain2, maka terpaksalah minta tolong dari org lelaki.

2. Kalau terpaksa contact orang lelaki, gunakanlah medium perantaraan dalam bentuk tulisan, seperti SMS, email, atau nota kecil. Gunakan perkataan2 formal, bukan bahasa pasar. Contoh: Maaf, (bukan sorrie..), Terima kasih (bukan time kaceh). Lagi satu takyah la buat smiley face ke (^_^), gelak2 ke (hihihih), dan lain2 yg kurang berfaedah.Elakkan bercakap melalui telefon kalau belum desperate. Ini kerana suara wanita amat lunak dan boleh menggetarkan jiwa lelaki. Sampai Allah sound kat org pempuan supaya keraskan suara. Rujuk qur'an surah Al-Ahzab ayat 32:"Wahai isteri2 nabi, kamu bukanlah seperti perempuan2 lain jika kamu bertaqwa. Maka jgn lah lemah lembutkan suara dlm berbicara, sehingga bangkit nafsu org yg ada penyakit dlm hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan yg baik"Kalau rasa ayat ni ditujukan kepada isteri2 nabi je, lembut2kanlah suaramu dan lihatlah kesannya.Apabila arahan ni diberi kepada isteri2 nabi, sepatutnya kita juga menyahut seruan tu utk mencapai darjat yg sama seperti mereka, darjat wanita2 yg bertaqwa, dan darjat wanita2 yg terpilih. Best kan?

3. Tundukkan hati : Apabila terpaksa berurusan dgn lelaki, kita sepatutnya merasa bulu roma kita meremang, kerana takut pada Allah. Kita sangat takut sekiranya disebabkan kita, lelaki ni tertarik kepada kita. Waktu berdepan dgn lelaki2 tu, byk2 lah berdoa, "Ya Allah, jgnlah Kau buatkan lelaki ini tertarik kepadaku. Jauhkan pandangannya dari panahan syaitan."

4. Tundukkan pandangan. Jangan tertipu dgn matapelajaran communication skills yg kita belajar kat uni dulu; "make eye contact with the person you're talking to". bende tu applicable kalau kita becakap dgn org yg sama jantina sahaja. Kalau ada eye contact dgn org yg berlainan jantina, kita akan mendapati theory "dari mata turun ke hati" tu betul. so, be careful dgn pandangan mata.Para sahabat dulu pun, Allah perintahkan supaya tahan pandangan apabila mereka berurusan dgn isteri2 nabi. Cuba rujuk surah al-ahzab ayat 53; "....Apabila kamu meminta sesuatu dari isteri2 nabi, mintalah dari belakang tabir. Itu lebih suci bagi hatimu dan hati mereka.."Kita bukan disuruh membawa tabir ke mana2 kita pergi. kalau susah sgt nk jaga mata, tutuplah pandangan dgn buku ke, ngan file ke. Kita lihat betapa Allah sgt ambil berat masalah hati para sahabat n isteri2 nabi supaya mereka tak tewas ke dalam kemungkaran. Kalau kita pun nk jadi sehebat diorang, kenalah buat apa yg diorang buat. Takkan nk tunggu Allah sebut nama kita dlm Qur'an baru nk buat kot. Cth: "Wahai Cik Hasni.. taatilah suamimu..." Isk2. tak layak nye..

5. Cepatkan urusan. Ni mungkin applicable kepada students/ org yg dah kerja yg terpaksa berurusan dgn team mate lelaki. Dah tak boleh elak, dia je team mate kita. So, apa2 kerja yg nk dibuat bersama, buat je la keje tu. takyah nak borak2, tanya hal peribadilah, gelak2 lah, buat lawaklah.. tak perlu tak perlu. Siapkan keje cepat2, then pergi. Perbincangan buatlah di tempat yg proper dan berurusanlah secara professional.Semoga bermanfaat dan semoga kita dikenali sebagai wanita mu'minah yg ada identity, yg taat pada perintah Allah dan takutkan hari pembalasan.Semoga tidak melalaikan diri kita dan org yg menerimanya.Jaga diri, hiasi peribadi. (",)wassalam...

CINTA DAH JATUH...!!!



CINTA ITU CAHAYA SANUBARI,
KURNIAAN TUHAN FITRAH INSANI,
DAN DI MANA TERCIPTANYA CINTA,
DI SITU RINDU BERMULA...


cinta, cinta, cinta...
ada ape dengan cinta?

kita asyik berbicara tentang cinta. setiap hari ingatan terhadap cinta sentiasa mekar dalam hati...ops, jangan salah sangka yek...cinta itu bukan terjurus kepada penyatuan dua jiwa sang kumbang dengan madunya saje, tetapi lebih daripada itu. perasaan kasih kepada ibu bapa, sahabat, masyarakat dan negara juga boleh dianalogikan sebagai CINTA. tetapi yang lebih utama adalah perasaan CINTA, KASIH dan RINDU kepada Pencipta kita yang senantiasa cinta akan hambaNYA.

TETAPI...
kita semua x bley lari drp membicarakan tentang penyatuan jiwa antara dua insan yang digelar adam dan hawa. tipula kalau ada orang yang berbicara "aku x minat la pasal cinta cintan ni. buang masa aku saja". kalau sahabat-sahabat ada terdengar tentang bicara seperti itu, janganlah caye. ALLAH mengurniakan perasaan kepada kita dalam pelbagai bentuk yang pelbagai dan salah satu nikmat perasaan yang dianugerahkan kepada kita ialah rasa CINTA yang merupakan fitrah kehidupan manusia. walaupun hati cuba menafikan nikmat perasaan ini, tapi hati kecil mereka pasti tidak dapat menolak hakikat ingin dicintai dan menyayangi ni (cheewah...berbunga ayat nampak)...tapi, ia terpulang kat kita la camna nk gunakan nikmat 2 samada dengan jalan yang lurus atau bengkok. kalu jalan 2 lurus, perjalanan pun akan jadi lancar. tapi kalu dah bengkang-bengkok, alamak jatuh longkang la jawabnya.

NIKMAT, NIKMAT, NIKMAT!!!

cinta ni memang nikmat..nikmat sangat. tapi saya x bely la nk explain sejauh mana kenikmatan 2 sebab saya pun x pernah bercinta. Alhamdulillah setakat ni Allah Taala masih menjaga perasaan cinta dalam hati ini walaupun hati ini sering meronta-ronta minta diisi. "Ya Allah Engkau peliharalah rasa cinta dalam hati ini.Sesungguhnya kasih sayang dan perasaan cinta, kasih dan rindu ini hanya ku simpan untuk dia sahaja. Aku sanggup berkorban Allah asalkan rasa kasih yang aku pelihara untuk bakal mujahidku ini terpelihara dan tersusun kemas dalam sanubariku…Amin"


YA ALLAH ENGKAU CINTA AGUNGKU...

setiap orang mesti ada pengalaman cinta ni. saya pun ada la gak tapi x da la sampai bercinta betul2. biasala manusia ni terutama dalam perjalanan mengharungi keremajaan ni, saya pun pernah jugak tersuka kat orang tapi yang tensionnya asyik saya je yang bertepuk sebelah tangan...(waaaa ...sedey!!!). tapi x pa la mungkin Allah x nak bagi lagi nikmat cinta itu kat sy. mungkin lepas dah dapat, hati ini akan jadi lalai mengingatiNYA. sekarang ni apakata kalu kita sume pakat2 berlumba berebut cinta Allah. Allah dah conform cinta kat kita. tapi sejauh mana kita cinta kat Dia. situasi ni lebih kurang camni la, contohnya kita suka kat seseorang. pastu kita dpt tahu orang 2 jugak suka kat kita. mungkin lepas 2 kita akan berusaha untuk membalas cinta dia. samala dengan konteks cinta Allah ni, sejauh mana cinta Allah itu dibalas??... nikmat percintaan dengan Allah yang paling bernilai ialah kekusyukan dalam solat. Ya Allah, sesungguhnya hanya Engkau la yang mengetahui akan kehebatan nikmat kusyuk itu...andai bumi ini diberi percuma kepadaku, akan ku tolak kerana nilai kusyuk itu lebih tinggi nilainya. SUBHANALLAH, ALLAHUAKBAR...Allah, berikan aku peluang untuk terus bercinta denganmu. Aku hanya mahukanMU Tuhan untuk berada dalam limpahan kasih sayangMu. Saya teringat kata -kata seorang pensyarah yang membicarakan tentang cinta. bicara tersebut berbunyi, "kamu jangan obses sangat apabila berbicara tentang cinta". sahabat faham x apa maksud 2?. camni, kita semua kan tahu yang nikmat kasih dan cinta itu juga merupakan ujian kepada hambanya dan ia terpulang kepada hambanya untuk mengharungi tersebut. tetapi ada juga sahabat2 kita yang tewas dalam medan percintaan ini sehingga mengundang kepada kekecewaan dan sesalan yang tidak berkesudahan. bagi sahabat2 yang masih terlepas dari 'ujian' tersebut, jangan berasa diri anda berada dalam keadaan selesa. kita ni, apabila tengok sahabat kita yang telah 'tewas' 2, janganlah dok mengata+hina+kutuk diaorang. manala tau kan, bila Allah nk bagi ujian 2 kat kita, nanti kita pula yang over drpd diaorang. apa salahnya kalu kita dekati n bergaul dgn diaorang. 2 pun salah satu pendekatan dakwah gak....kan,kan,kan???

SEDAR DIRI SIKIT...!!!

bagi sahabat yang merasa diri mereka masih 'berseorangan', jangan merasa tersisih. kita kena ingat, Allah buat kita ats dunia ni berpasang-pasangan. insyaalllah jodoh akan tiba juga cuma lambat atau cepat je. memang la sume orang nk kawin tapi kita kena tengok samada kita dah bersedia atau belum. kalu diri sendiri pun x bley nk jaga, camna nk jaga masjid yang dibina. silap2 ari bulan tangga yang runtuh dulu. jom kita pakat rancang masa depan dan apa salahnya kalu kita berbakti dulu kt mak ayah. tapi kalu dah x bley tahan, 2 dah sampai tahap wajib kawin. skrg ni, marilah kita berusaha untuk mencari cinta Allah dulu. lengkapkan diri dengan pengetahuan Agama yang secukupnya agar ia mampu menjadi benteng kepada realiti kehidupan yang sebenar.tepuk dada, tanya iman/jangan tanya nafsu sebab nafsu akan jawab 'YES' je. jadikan kisah cinta kita lain daripada orang lain...


"wahai wanita solehah, jangan risau akan jodohmu kerana muslimin yang bijaksana itu tdk akan terpaut pada wanita hanya kerana kecantikan, lirikan senyuman, pada bicara manja yang menggoda dan pada pujuk rayu seorang wanita yang meruntuhkan imannya. sesungguhnya lelaki itu adalah pemimpin kepada wanita . andai belum sampai jodohmu, anggaplah bahawa adam yang kau natikan itu sedang membina sahsiah kepimpinannya bagi memimpin dirimu. kerana pada wanita itu pasti ada kekurangan dan adam yang benar2 layak pasti akan hadir untuk melengkapkanmu"

Wednesday, February 4, 2009

dia bertanya...


"eeee..."che ma,cite la kt ayih pasal sajak...apa 2? aaaa, sajak kematian. ayih nk tau.",pinta anak saudaraku yg dipanggil ayih (nama sebnrnya harith) . aku memandangnya sambil tersenyum. "aah, che ma..betul ko sajak 2 ngosek (berhantu)??". anih (hanif), kembar si ayih pula bertanya. "mmm,k la. sajak 2 cite pasl mati la. nm lagi sajak KEMATIAN!!..hehe,"..aku cuba berseloroh. berkerut muka si kembar 2 tnda x puas ati. " k la2, che ma cite. gini, sajak 2 cite psl kematian. cite psl keadaan kt dlm kubur. bila kita dah meninggal, kt akan ditanya oleh malaikat psl amalan kita ms kita idup dl.."aku melihat anak saudaraku kusyuk mendengar cerita ku. " gini, kalu ayih n anih buat benda baik masa idup, semayang x tinggal, x lawan umi n abah, insyaallah anih n ayih bley jawab soalan malaikat 2.. kalu x, kn pukul ngn malaikat, sampai hancur tubuh..mmm, anih n ayih nk ke jd gitu??"..aku menerangkan lg kpd si kembar yg baru masuk darjah 4 thn ni. aku lihat reaksi mereka berubah. ku tahu mereka takut (maklumlah mereka mmg penakut).takutnye anih. anih takut mati"...."aaaa., sbb 2 la kita kn buat gapo yg Tuhan suruh. jgn baloh (bergaduh), lawan umi, buli che ma..tau dop?nanti mati, dok dalm kubur sorg2 je. umi n abah x leh teman.pehe (faham)???".."mmm, che ma. takut ayih..nanti subuh esok, che ma gerak (kejutkan) ayih awl2 yek. ayih nk semaye jemaah ngn che ma."...ayih memandangku dgn muka x bersalahnya.."ok"

mmm, sahabt2 sekalian..anda tentu pernah mengalami situasi camni. mmm, lumrah bdk2 suka bertanya. kadang2 benda x masuk akal pun dia tanya. saya pun sama jgk masa kecik2 dl, selalu tanya kt ayah psl mati, malaikat. bkn ape, kita mesti keliru kan. masa kecik2 dl selalu fikir, betul ke ALLAH 2 ada. x nampak pun. maklumlah, kita dah lahir2 terus Islam.mesti naluri hati nak mencari suatu yg benar. teringat masa kecik2 dl, sy sering memkirkan psl kehidupan ni. kenapa aku lahir kat dunia ni. lps 2 mati. mati 2 bukannya senang. SAKIT!!!naluri hati selalu bertanya, kenpa aku dihidupkan ats muka bumi ni, kemudian kena merasai kesakitan mati..waktu tido malam la yg paling takut sekali. dok baring2 ats katil, mesti terfikir psl mati. Ya Allah, aku akan mati satu hari nanti. aku akan merasa sakitnya mati. ibarat duri ditarik keluar dari perut. kadang2 sampai menggigil2 dan menangis berseorangan. terasa ketakutan dan kesakitan yg akan dirasai nanti..kadang2 timbul kekeliruan dlm pencarian Agama Allah ni. biasala Iblis laknatullah, kalu emosi tak keruan camni, mudahla Iblis laknatullah menguasai diri sekaligus merosakkan aqidah kita..tapi, alhamdulillah..Allah kurniakan kita dengan akal fikiran yg membolehkan kita berfikir tentang kejadian yg berlaku di alam ini..setiap yg berlaku walaupun setitik air yg menitis pun mesti ada sebab dan penyebabnya...

mmm, kawan2..kalu kita ditanya dengan soalan berbentuk aqidah, mampuke kita menjawb soalan 2 dgn baik. selalu jgk kwn2 yg bukan beragama Islam bertanya sy ttg Islam. wahyu 2 apa?, malaikat 2 camna?...mmm, jd sahabt2 sume jomla kita pakat2 bersedia.!!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails