Saturday, February 27, 2010

Sex education, please

KUALA LUMPUR: Continuing to blow hot and cold over the introduction of sex education as a subject in schools is no longer acceptable for many reasons.

These include: babies abandoned and left to die, promiscuity at a young age and a lack of knowledge of basic facts on sex. The appalling results of a recent survey underscored the depth of ignorance among youths.

Malaysians fared the worst in a survey made available to the New Sunday Times on sex-related issues conducted across Southeast Asia recently.

A majority of women aged between 16 and 24, believed, among other things, that sexual intercourse during menstruation would not lead to pregnancy, wearing brassieres could cause breast cancer and that they could enlarge their breasts by merely touching them.

According to the survey commissioned by a personal care company, most Malaysian women were confident that riding a bicycle would cause them to lose their virginity.

At the same time, cases of abandoned babies are on the rise. On Friday, a newborn’s body was found in the toilet of a driving school in Segamat, Johor. Sexual activity and experimentation is also starting at a younger age.

Women, Family and Community Development Minister Senator Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil said yesterday she would push for the introduction of sex education in schools.

“It has to be speeded up. We had submitted the proposed curriculum to the Education Ministry several years ago. We must not sweep the issue under the carpet because we are shy. This cannot be delayed any more.”

In 2006, it was reported that the government had finalised a 160-page guideline on the subject, covering issues such as what kind of touching is allowed, teenage crushes, contraception and the dangers of online sexual predators. But it has not been introduced to date.

Last year, Education director-general Tan Sri Alimuddin Mohd Dom had said there were no plans to introduce sex education as a subject as it was already covered in subjects such as Biology, Moral and Islamic Studies.

-NST-


Friday, February 26, 2010

Jodoh Perkahwinan

Tidak, jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya jauhlah perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa2 kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu dalam doa2 lewat sembahyang. Allah mendengar.

Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan biar seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.

Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar2 mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama masalah.

Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati kita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil pula org yang memandu kereta mewah(walaupun sebenarnya tak mewah) terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat ganda.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di tgh2 bandar raya.

Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar2 membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda, pasti ada baik buruknya.

Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama, sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat di samping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.

Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?

Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing2 padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah, belajarlah dulu. Jika rasa2 belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah anak2, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar2 mengerti tuntutan2nya.

Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus2 bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia2nya.

Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong2nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang. "

Wednesday, February 24, 2010

BACA INI...SAHABAT-SAHABAT PERJUANGANKU...

bismillahirrahmanirrahim...apa khabar semua...semoga anda semua berada dlm limpahan kasih sayangnya...di tengah musim kesibukan yang melanda ni, semoga kita semua masih mampu untuk menjaga ibadah kita.janganlah disebabkan ingin mengejar masa untuk menyiapkan assignment yg semakin melambak ini, kita sewenang-wenangnya pula menyingkatkan masa solat kita. biasalah kan, tgh2 sibuk ni, solat pun hanya patuk2 ayam je kan.x kira kusyuk ke x, janji buat...smg kita x termasuk dlm golongan seperti ini. sesungguhnya Allah hanya menerima solat2 yg betul2 berkualiti saja. kalu boleh, setiap kali lps solat, ambil masa utk baca al-quran utk 4, 5 ayat pun jadilah. kalu dah dikira-kira, dah 25 ayat kita baca utk setiap hari...ni kalu rasa betul2 sibuk la. tp sebaik-baiknya bacalah 100 ayat quran setiap hari...sbnrnya sibuk ni menyebabkan kita rs jauh dgn Allah.SBB APA???... pikir2la yek...ms yg Allah bg setiap hari 24 jam, x kan lah nk luangkan ms 30 minit dgn Allah pun x boleh???...mmmm...

ok, itu muqaddimah je...nasihat buat diri sy yg lemah ni.ok, semasa membelek2 al-quran, sy terjumpa beberapa ayat quran yg betul2 memberi kesan pada diri sy. entahla, tetiba je hati rasa lain je bila baca ayat ni...rs sebak je.jadi saya nk share ayat2 ni dgn anda semua.smg kita mengambil pengajaran darinya.

'barang siapa kafir kepada Allah setelah dia beriman (dia mendapat kemurkaan Allah), kecuali orang yang dipaksa kafir padahal hatinya tetap tenang dan dalam beriman (dia tidak berdosa), tetapi orang yang melapangkan dadanya untuk kekafiran, maka kemurkaan Allah menimpanya dan mereka akan mendapat azab yang besar.'

'yang demikian itu disebabkan mereka lebih mencintai kehidupan di dunia daripada akhirat, dan Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang kafir'.

'mereka itulah orang yang hati, pendengaran dan penglihatannya telah dikunci Allah. mereka itulah orang yang lalai.'

'pastilah mereka termasuk orang yang rugi di akhirat nanti.'

'kemudian Tuhanmu (pelindung) bagi orang yang berhijrah setelah menderita cubaan, kemudian mereka berjihad dan bersabar, sungguh, Tuhanmu setelah itu benar-benar Maha Pengampun, Maha Penyayang.'

(An-Nahl : 106-110)


(semoga kita semua dapat menyiapkan assignment2 yg diberi dengan jayanya...kejayaan seiring dakwah...selamat beramal!!!!)

Wednesday, February 3, 2010

KESIBUKAN itu nikmat...

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM...

assalamualaikum. dah lm sy tdk melontar kata di persinggahan blog ni. sblm ni, hnya artikel-artikel yg dicopy drp sumber lain yg menjadi tatapan blog ni. bkn ape, ttp disebabkan kesibukan yg kian menghambat membuatkan hidup sy tdk terurus dlm waktu sebulan ni...huhu...biasala, awal tahun memang agak bz cikit. plbagai benda perlu diuruskan. antaranya ialah:

  • penstrukturan biro agama & kerohanian
  • minggu pengurusan organisasi biro agama (MPO)
  • meeting (x ingat berapa kali dah sbb byk sgt, huhu)
  • program mahasiswa rabbani (MABANI)
  • usrah (yg masih x dpt buat dgn konsisten lg, huh!!!)
  • pembentangan
  • - pengurusan bilik darjah ( dah settle)
  • - math (dah settle 1, 1 lg tgh dlm proses)
  • - disleksia (isd-dah settle)
  • - pedagodi dlm bm (dah settle)
  • - hubungan etnik (dah settle)
  • - fail PBSM, EDU, MATH and so on (masih dlm proses)
  • majlis pelancaran biro agama & kerohanian (dlm proses)
  • assignment EDU yg br saje dpt
mmm, kdg2 berserabut jgk le dgn kerja 2 yg x sette nih..hish,tp mujur la kali ni presentation sy tlh disiapkan awl lg, so x da lah tension sgt. tp x pa. sibuk ni sebenarnya nikmat.x kan dlm hidup just nk senang je. kesibukan ni kdg2 membuatkan kt menghargai ms free kita. kalu ada ms free 2, kalu bley nk gunakan dgn sebaik-baiknya (utk tido ke? wallahualam..hehe).

sy selalu ingatkan adik2 usrah, hidup kita ni ada dua tujuan iaitu DUNIA dan AKHIRAT.tp ramai orang yg terlalu mengejar dunia sehingga akhirat tertinggal jauh di belakang....jadi, persoalan yg sy lontarkan ialah : KENIKMATAN MANA YG KAMU INGINKAN. KENIKMATAN YANG SEMENTARA ATAU SELAMA-LAMANYA?...jika kamu hanya menginginkan syurga dunia, kejarlah dunia shj. tetapi, jika nk kenikmatan yg kekal abadi, kejarlah kedua-duanya yakni dunia dan akhirat. seimbangkan kehidupan hidup di dunia dan akhirat demi meraih kemenangan yg paling agung di sisiNYA...

seorang adik usrah bertanya kpd sy, "camna kak ima masih boleh dpt kptsn yg baik dlm exam? sdgkan kak ima asyik sibuk je.meeting sana, meeting sini.asyik sibuk je..tp masih bley cemerlang dlm exam..."...sy tersenyum saja. sy katakan padanya, "cara akak study x sama cam korang study. korang ada ms yg banyak utk fokus dlm study. akk pula kena pikirkan banyak benda. kena pikirkan psl study, psl gerak kerja Islam dan sebagainya lg. jd, ms yg akak ada, akak gunakan sebaik-baiknya. dlm kelas, bg tumpuan seratus peratus...".sy memberikan tips kpdnya.

TAPI, ada 1 benda yg sy tekankan kpdnya, "JIKA KAMU MENOLONG AGAMA ALLAH, ALLAH AKAN MENOLONG KAMU DAN MEMPERKUKUHKAN KEDUDUKANMU".: muhammad : 7...sy bacakan potongan ayat al-quran yg menyimpan seribu makna ni...tika sy lemah bila memikirkan masalah ummah yg tdk berkesudahan ini dn pd ms yg sm perlu perlu mengejar tugasan sbg seorg pelajar, ayat ini yg menjadi pemujuk sy...sy YAKIN bahawa Allah bersama sy. kesyukuran yg tdk terhingga kerana masih dberi kesedaran utk berfikir ttg ummah ini...umat akhir zaman yg semakin layu dijirus nafsu...insyaallah selagi terdaya, sy akan menggunakan kudrat yg ada ini utk terus menyeimbangkan kehidupan di didunia dan akhirat...semoga ALLAH memberikan kejayaan kpd sy di dunia dan akhirat. saya tahu, untuk berjaya di dunia ialah dgn ILMU, untuk berjaya di akhirat juga ialah dgn ILMU...

adik usrah sy menitiskan air mata tatkala sy bercerita dgnnya mengenai nikmat kemanisan iman yg amat sukar utk digambarkan keindahannya. sy berkongsi dgnnya mengenai pengalaman sy yg pernah menangis di hadapan skrin komputer tatkala perlu menyiapkan satu kerja biro agama yg amat penting dan pd ms yg sama sy juga perlu bertungkus lumus utk menyiapkan tugasan yg diberikan oleh pensyarah. air mata tdk henti2 mengalir dan pd ms yg sm jari lincah menaip kerja yg diberikan. sebak di dada bl memikirkan rakan2 yg lain sibuk menyiapkan tugasan masing2. tetapi sy cuba ikhlaskan niat...sy cuba untuk buktikan kejayaan sy dlm akademik..sy x nak menjadi fitnah buat Islam. sy ingi sekali membuktikan bahawa org yg buat kerja Islam jg mampu mengecap kejayaan hingga ke tahap yg semaksimum mungkin..insyaallah.

entahla...tdk dpt sy gambarkan perasaan apabila hati ini berada dekat dgnNYA.nikmatnya hanya Dia saja yg tahu bila kita dpt merasakan bahawa ALLAH sentiasa bersama kita..bersama dlm setiap hembusan nafas kita...terasa diri ini dijaga sepenuhnya oleh DIA. maka, menagislah selalu di hadapan Allah...ayat ini lah yg selalu sy lontarkan bg mereka yg merasakan jiwa mereka kosong dan tidak tenang...sy teringat satu ayat, "sebelum kamu mengadu kpd manusia, mengadulah dl kpd Allah"...menangislah sepuas-puasnya kerana Dia maha mendengar dan mengetahu setiap isi hati dan perasaan kita...kita tdk punyai apa2..hanya mengharapkan Dia semata-mata...

"kehidupan dunia ini hanyalah senda gurau semata-mata...."

semoga ALLAH menguatkan lg hati sy untuk terus mengharungi hidup yg makin mencabar ini..takut sangat bila hati ini jauh daripadaNYA...sy ini hanyalah seorang musafir yg tdk punyai apa-apa, yg hina, yg mudah goyah iman di hati ini...hanya kpdNYA tmpat sy mengadu.......

"YA ALLAH, HIDUP DAN MATIKAN AKU DLM NIKMAT IMAN DAN ISLAM..."



Monday, February 1, 2010

KETAKUTAN UMAR TERHADAP ALLAH

Suatu ketika beliau sedang sibuk dengan satu pekerjaan yang penting. Pada ketika itu, datang seorang membawa pengaduan mengenai suatu hal kecil agar beliau dapat menyelesaikannya. Umar r.a lalu memukul bahu pemuda itu sambil berkata:

“Apabila aku duduk untuk menerima perkara tersebut, kamu tidak datang menemuiku tetapi apabila aku sibuk dengan lain-lain perkara yang penting kamu mencelahiku dengan perkara remeh temeh”.

Pemuda itu pun pergi dari situ. Tetapi Umar r.a memanggilnya kembali dan memberinya cemeti lalu berkata:

“Pukullah aku dengan cemeti ini supaya kesalahanku terbalas”.

Pemuda itu berkata;

“Aku maafkan kamu kerana Allah”.

Umar r.a pulang ke rumahnya lalu bersolat taubat dua rakaat serta mencela dirinya sendiri:

“Wahai Umar! Kamu dahulukan hina maka Allah mengangkat darjatmu, kamu sesat tetapi Allah telah memberikan kamu hidayah kepadamu, kamu dulu sangat mengaibkan tetapi Allah memuliakan kamu serta mengurniakan kamu kekuasaan terhadap orang lain. Sekarang apabila salah seorang datang kepadamu mengadu mengenai sesuatu kesalahan yang telah dilakukan terhadapnya untuk diselesaikan, kamu memukulnya? Apakah jawapan yang akan kamu berikan di hadapan Allah kelak?”.

Beliau menangis begitu lama seperti tangisan kanak-kanak kecil.

Suatu hari Umar membuat rondaan biasanya ke Harrah bersama hambanya Aslam. Nun jauh di sana kelihatan suatu cahaya api. Beliau berkata:

“Mungkin di sana ada sebuah khemah. Mungkinkah suatu khalifah yang tidak dapat memasuki Bandar kerana waktu telah gelap. Marilah kita melihat hal mereka dan menguruskan keselamatan yang perlu untuk mereka”.

Apabila tiba di sana didapati seorang wanita dan beberapa orang kanak-kanak sedang menangis. Sebuah periuk berisi air sedang terjerang. Umar menyapanya dengan salam dan dengan keizinan daripada wanita itu beliau datang menghampirinya. Lalu Umar bertanya:

“Mengapa kanak-kanak itu menangis?”.

Wanita itu tidak mengenali Umar dan dia menjawab pertanyaan Umar dengan sedih:

“Mereka lapar”.

“Apakah yang ada dalam periuk?”. Umar bertanya.

“Hanyalah air dijerang bagi mendiamkan kanak-kanak itu agar mereka pergi tidur dengan harapan makanan sedang disiapkan untuk mereka apabila meraka bangun nanti. Ah! Allah akan mengadili Umar pada hari kiamat kelak kerana membiarkan aku dalam kesusahan”, kata wanita itu.

Umar menangis apabila mendengar kata-kata wanita itu.

“Semoga Allah merahmatimu. Bagaimanakah Umar dapat mengetahui kesusahanmu ini?’.

Wanita itu menjawab:

“Apabila dia menjadi amir kami, dia perlulah tahu mengenai kami”.

Umar pun kembali ke Bandar dan terus ke Baitul Mal. Beliau mengisi tepung, kurma, lemak dan pakaian serta wang dinar ke dalam karung. Apabila telah siap diisi beliau berkata kepada Aslam:

“Sekarang letakkanlah karung ini di belakangku wahai Aslam”.

Aslam enggan lalu menjawab:

“Wahai Amirul Mukminin, biarlah aku sahaja yang memikulnya”.

Umar enggan mendengar kata-kata Aslam malah beliau mendesaknya agar membenarkannya memikul barang itu di atas pundaknya sambil berkata:

“Apa! Mahukah kamu memikul beban dosaku pada hari akhirat? Aku mesti membawa karung ini kerana aku akan disoal mengenai wanita ini pada hari akhirat kelak”.

Dengan perasaan yang berat Aslam meletakkan barang tersebut di atas belakang Umar lalu bergerak pantas ke khemah wanita tadi. Aslam mengikut beliau dari belakang. Beliau memasukkan sedikit tepung, kurma dan lemak ke dalam periuk dan mengacaunya. Beliau menghidupkan api untuk memasaknya.

Aslam berkata;

“Aku lihat asap melalui celah-celah janggut Umar yang tebal”.

Seketika kemudian masakan tersebut siap. Beliau sendiri yang melayani keluarga itu. Setelah kenyang beliau menyimpan bakinya untuk kegunaan mereka di kemudian hari. Kanak-kanak tersebut sangat gembira setelah memperolehi makanan dan mereka bermain dengan riangnya selepas itu. Wanita itu sangat gembira dan berkata:

“Semoga Allah memberi ganjaran kepadamu kerana kebaikanmu. Selayaknya kamulah yang mengambil tempat Umar sebagai khalifah”.

Beliau duduk seketika di suatu penjuru yang berdekatan sambil memerhatikan kanak-kanak tersebut. Kemudian kembali ke Madinah. Dalam perjalanan pulang beliau berkata kepada Aslam:

“Tahukah kamu Aslam, mengapa aku duduk di situ? Aku telah melihat kesusahan mereka, maka begitulah juga aku mahu melihat mereka riang dan ketawa untuk seketika”.

Dikatakan bahawa tatkala Umar mengimami solat Fajar, beliau selalu membaca Surah Kahf, Thaha dan lain-lain surah sambil menangis begitu kuat sehingga kedengaran tangisannya sehingga ke beberapa saf di belakangnya. Suatu ketika beliau membaca Surah Yusuf dalam solat Fajar sampailah beliau ayat 86 yang bermaksud:

“Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku, dan aku mengetahui dari Allah apa yang tidak kamu ketahui”.

Lantas beliau menangis bersungguh-sungguh sehingga tidak boleh meneruskannya lagi. Dalam solat Tahajjudnya kadang kala beliau akan jatuh dan mendatangkan keuzuran disebabkan terlampau banyak menangis.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails