Sunday, March 27, 2011

Duka Bergambar Negara Sakura

(((dipetik dari blog http://amadanaksoleh.blogspot.com...



"Ayuh, cuba buka televisi, katanya ada tsunami di Jepang,"kongsi seorang teman.

Ketika itu, saya bersama beberapa teman bertugas di department Forensik, sudah seminggu. Bermacam pengalaman menguruskan jenazah untuk bedah siasat telah kami hadapi. Namun bila menyebut gempa dan tsunami, serta-merta bulu roma saya berdiri. Merinding.

Kebetulan, ketika itu jenazah tiada, keadaan yang awalnya riuh dengan gelak tawa bermain UNO, kad daun terup, menonton cerita atau bersembang sesama sendiri diam terpaku melihat ke kotak kaca hitam besar dihadapan.

Ombak menerjang deras.

Jika di Acheh tsunami beradius 1o km, di Jepun adalah 25 km.

Datang menyapu semua

8.9 skala richter

Mengangkat rumah ke laut

Mengangkat gergasi ke darat yang seberat 4724 tan

Menerbalikkan seperti barang mainan

Ombak mengunung 10 meter,
Rumah disapu terjangan air,
Kapal raksasa diangkat menjulang,
Rumah terbakar api.

Ingatan saya segera teringkat kepada gempa dan tsunami Acheh yang memakan ribuan korban dan duka mendalam. Walaupun di Acheh gempa berskala 9.3 richter, pusat gempa jauh dari negeri serambi Mekah itu hingga mempunyai 30 minit untuk bersiap melarikan diri. Di Jepun kali ini, jarak antara gempa dan tsunami diperkirakan hanya jeda 10 minit dengan kekuatan gempa 8.9 richter.

Bumi merekah

Pasaraya mengehadkan kepada pembeli sebanyak lima produk untuk setiap seorang.

Diselamatkan tentera

Diselamatkan dengan mengunakan helikopter

Mangsa menceritakan kepada pasukan penyelamat tentang kejadian tersebut

Mencari dan mencari

Mencari sanak saudara dengan berdasarkan nama yang terpampang dipusat perlindungan

S.O.S

Memberi penghormatan kepada jenazah mangsa gempa dan tsunami

Gempa 'Tsunami' di Malaysia

Berita cepat disebarkan dengan satu 'click'. Itulah kekuatan laman sosial seperti Facebook dan Twitter bahkan percuma. Pagi itu bukan pagi biasa, saya terasa amat malu untuk mengaku diri sebagai seorang rakyat Malaysia walaupun amat cinta pada negara sendiri.

"Malu sebagai rakyat Malaysia, dengan laporan Kosmo," update status teman di Facebook.

Saya terus mencari apa kejadian sebenarnya di Kosmo itu. Jujur saya katakan, usahkan berita berbentuk kertas bercetak, berita dalam alam maya pun tidak saya baca. Saya menolak keseluruhan berita media Malaysia. Minda dan kesabaran saya tidak teruji dengan tidak membaca berita yang disampaikan oleh media prima negara.


"Ratu porno terselamat dalam gempa bumi," tertulis tajuk berita di Kosmo.

Serta merta darah saya menyirap. Dalam banyak tokoh penting di Jepun, tokoh ini menjadi tajuk berita Kosmo. Memalukan!

Tidak berhenti disitu. Kehampaan saya meningkat dengan kartun 'gurauan' bodoh dari kartunis Malaysia dan disiarkan oleh akhbar utama di Malaysia. Ultraman berlari cemas dikejar tsunami? Lawak? Ketawa? atau satu titik kebodohan sendiri?


Andai kita ketawa, ketawalah kerana ketawa itu untuk diri sendiri. Membuktikan kepada dunia bahawa bangsa kita, bangsa Malaysia miskin nilai dan akhlak. Disaat mereka berduka, kita mengambil duka mereka sebagai bahan ketawa kita. Belum kena pada diri sendiri. Nauzubillah...

Dan kartun yang mengaibkan bagi seluruh rakyat Malaysia ini dilaporkan oleh CNN. Sekarang dunia tahu bahawa media Malaysia adalah media yang tiada akhlak dan integriti.

Cukup dengan kehampaan itu? Nanti, belum cukup.

"Jepun harus cepat memulihkan negara mereka, bagi mengelakkan ekonomi Malaysia jatuh," nasihat seorang pimpinan. Satu demi satu kemalangan sikap bangsa ini yang mencapai titik tertinggi.

Ditambahkan lagi dengan komen oleh isteri soleh pemimpin negara.

"Gempa dan tsunami di Jepun kerana negara mereka gagal menerapkangreen-tech dalam membangunkan negara," komen lagak seperti pakar alam sekitar. Tanpa dia tahu, di Jepun sudah mengunakan ikan sebagai indikator pencemaran alam yang diletakkan didalam longkang. Cuba letak ikan didalam longkang Malaysia? Cuba letak orang yang bercakap green-tech.....

Orang lain menerima malang, itu bala Ilahi,
Diri sendiri menerima malang, itu ujian Ilahi.

Saya masih bersabar dengan sikap ini!

Duka Belum Berakhir

Gempa dan tsunami bukan petanda berakhirnya ujian untuk setakat ini. Mereka berhadapan dengan ujian yang baru bahkan lebih merbahaya dari itu. Loji nuklear di Fukushima meledak dengan amaran bahaya radiasi seperti kejadian di Chernobyl
Loji nuklear Fukushima yang meledak

Memeriksa kesan radiasi nuklear dari penduduk sekitar loji yang dipindahkan.

Mengesan radiasi

Termasuk di haiwan

Persediaan manusia dari segi teknologi dan sosial masih belum mampu melawan ketentuan Ilahi. Perhitungan manusia rebah dengan ketentuan alam. Tiga dari empat logi meledak, menjadi kebimbangan bagi bangsa Jepun bahkan kegusaran masyarakat dunia.

Namun "Malaysia tetap akan mewujudkan loji nuklear,"kata Timbalan Menteri Malaysia. Mematikan kata dan rasa. Bimbang.

Bimbang saya sebagai rakyat bawahan bukan kebimbangan yang tanpa asas. Tidak menafikan kebaikan nuklear dan sisi keburukannya. Itu masih mampu dibuka kepada pakar untuk membahaskan dengan rakyat bawahan menilai diantara mahu atau tidak. Ia persoalan integriti dan ketelusan.

Buat stadium, stadium runtuh.
Buat airport, airport runtuh.
Buat atap parlimen, atap runtuh.
Buat makmal komputer, makmal runtuh.
Buat hentian bas, hentian runtuh.

Jangan buat loji nuklear, loji.... jangan dan jangan.

Ibrah Dari Bumi Sakura

Setiap yang berlaku, tetap ada hikmahnya. Itulah ungkapan syariatullah dan teruji benar dimedan sunnahtullah bagi yang mahu mengambilnya.

Seorang lelaki tua keluar dari rumah kediaman yang rosak terjang tsunami bila ditanya bagaimana dengan kemusnahan yang ada. Dengan tenang dan tersenyum beliau mengungkap "Ayuh kita bina semula."

Menjadi titik muhasabah diri buat saya. Mereka 'muslim' sebelum muslim. Lantas apa yang mahu kita tawarkan kepada mereka sebagai muslim yang 'dimuslimkan' oleh mak ayah. Cermin sendiri, saya malu sendiri.

Jepun menjelmakan ultraman didalam diri mereka dengan menjadi Ultra Man. Manusia hebat!

Salam takziah dari saya buat Jepun.

Pray for Japa

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails