Friday, December 4, 2009

Apakah Perubatan Homeopati?

Apakah Perubatan Homeopati?
Homeopati adalah satu sistem perubatan yang diasaskan oleh Dr Samuel Hahnemann dari Germany pada tahun 1810. Homeopati bukan sistem perubatan traditional, tetapi ianya adalah satu sistem perubatan moden (alternatif / complementary) kepada sistem perubatan yang sedia ada.Ubat-ubat yang digunakan tidak mengandungi sebarang dadah atau racun yang boleh merbahayakan diri atau ketagihan.Asas perubatannya ialah semulajadi atau mesra alam atau natural law of cure atau lebih dikenali dalam bahasa Latin sebagai ‘Simlar Similibus Curentur’ atau Persamaan Dengan Persamaan Menyembuhkan atau dengan ringkasnya disebut sebagai ‘Undang-Undang Serasi’

Prinsip Asas Perubatan Homeopati

Sistem Perubatan Homeopati Mempunyai 6 Prinsip Asas yang terdiri dari:

1. Undang-Undang Keserasian: Hanya ubat-ubat yang serasi sahaja dapat menyembuhakn seseorang pesakit.(dgn izin ALLAH).
2. Undang-Undang Dos Tunggal: Bagi homeopati, mereka hanya diizinkan untuk memberi satu dos ubat dalam satu waktu dan tidak boleh diberi banyak ubat.
3. Undang-Undang Dos Minima: Setiap ubat yang hendak diberikan wajiblah dalam bentuk yang sehalus-halusnya diproses mengikut kaedah ‘potentisation homeopati’ dan sekali-kali tidak boleh diberi dalam dos yang kuat..
4. Undang-Undang Tenaga Hayat: Sakit dan sihat ditentukan oleh Allah SWT dan tenaga hayat (Vital Force) memainkan peranan penting sihat atau sakit seseorang itu.
5. Undang-Undang Ujikaji: Homeopati boleh menerima ubat-ubat yang hanya diujikaji terhadap manusia sahaja. Ubat-ubat yang diujikaji terhadap haiwan, tidak layak untuk dibagi kepada manusia.
6. Undang-Undang Arah Penyembuhan: Ubat jika diberi dengan serasi dan tepat akan mengikut arah penyembuhan yang betul dan tidak sebaliknya.

KISAH BERKAT DISEBALIK MEMBACA BISMILLAH


Ada seorang wanita tua yang taat beragama tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu membuat kebaikan. Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa dimulai dengan Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya. Suaminya sentiasa mengejek “Asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-kejap Bismillah. Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah supaya memberikan hidayah kepada suaminya.
Suatu hari, suaminya berkata,nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu. Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata : “simpan duit ini”. Isterinya mengambil duit tersebut dan menyimpan ditempat yang selamat. Disamping itu, suaminya telah melihat tempat yang disimpan. Kemudian dengan senyap-senyap dia mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg duit ke dalam perigi belakang rumahnya. Setelah beberapa hari kemudian, dia memanggil isterinya dan berkata : “Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan”.
Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit dan diikuti oleh suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat itu dengan membaca Bismillahirrahmanirrahim. Ketika itu, Allah menghantar malaikat Jibril untuk mengembalikan beg duit itu dan menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali. Alangkah terperanjatnya dia. Dia berasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya. Ketika itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah dan dia juga membaca Bismillah apabila dia hendak memulakan sesuatu kerja.

jom masak....

hari ni sy nk perkenalkan resepi baru yg sy dpt dari tenet...yg dikirim oleh Aisha.thanks Aisha...nt bleyla kita cuba. x salah cuti ni kita tingkatkan kemahiran memasak...ek2222???

Kari Ayam Tanpa Santan

Bahan-Bahan:
1 ekor ayam tanpa kulit
2 biji bawang besar - dihiris halus
2 biji tomato - dipotong dadu
2 biji bawang putih ]- dikisar
1 cm halia ]
4 sudubesar kari daging Babas
1 sudubesar tomato puree
3 biji buah pelaga
2.5cm kayu manis
4 biji bunga cengkih
Minyak secukupnya
1 cawan air
2 biji ubi kentang dibelah empat
Daun pudina agak lebih sedikit
sedikit daun ketumbar - di hiris halus
2 biji tomato dibelah empat
2 batang lada hijau dibelah dua
garam


Cara:
(1) Panaskan minyak, tumiskan bawang yang dihiris bersama buah pelaga, bunga cengkih, kayu manis dan tomato sehingga bawang berwarna kuning.

(2) Masukkan bahan-bahan yang dikisar, daun pudina dan juga tomato puree kacau rata-rata.

(3) Masukkan ayam kacau dan tutup periuk selama 3 minit.

(4) Taburkan kari powder kacau rata-rata dan tutup selama 5 minit.

(5) Kemudian masukkan 1 cawan air, ubi kentang, tomato dan lada hijau. Tutup masak sehingga ayam dan ubi empuk.
Cadangan Hidangan:
Tuangkan kari ayam yang telah dimasak kedalam mangguk dan taburkan daun ketumbar.
Tambahan:
makanlah bersama roti perancis atau roti rengis/jala pasti enak.

Important: mesti gunakan daun pudina supaya kari lebih harum dan enak.

Sunday, November 29, 2009

hati pun ikut bercuti....!!!!

mmm..pejam celik dah 2 mggu dah kita bercuti ni...biasala cuti ni, sape yg x suka kan?..bley rileks2kan otak dan badan bersama family tercinta...huhu.sejuk tol kat umah ni.hujan dah mula turun da...masa raye ari 2, dah 2 x hujan. tp start hari ketiga raye, hujan mencurah2 turun cam x nak berhenti.huh!!!! kalu bley nk tido je spnjg hari...tp takut lemah otak plk asyik tido je...tp bdn memang penat la disebabkan "bahana" raya qurban ari 2.disebabkan ayah sy bela lembu, jd ramaila org tempah lembu ayah utk diqurbankan dan 2 hari berturut2 umah sy dipenuhi dengan mereka yg ingin melaksanakan ibadah qurban tersebut. jadi selaku tuan rumah, memang agak penat sikitla kan...tp x pa, hati puas.rasa seronok sgt bila tgk penduduk2 bekerjasama melapah kulit lembu. selepas itu, makan bersama2...kenikmatan ibadah itu terasa manisnye bila melihat betapa eratnya ukhwah sesama muslim. mungkin di kelantan, sambutan hari raya aidil adha agak meriah sikit. tp, sy percaya di tempat lain pun mesti x kurang hebatnya...

apapun, cuti ni memang betul2 mencabar. jika sblm ini di kampus, amalan mathurat x pernah ditinggalkan. tp adakah kita akan istiqamah dgn amalan ini bila di rumah???...betul la org kata, iman kita akan betul2 teruji bila kita berada jauh dr tempah pentabiyahan kita...dkt umah, macam2 dugaan yg melanda. kdg2 keseronokan 2 menyebabkan kita jadi leka dan malas utk berfikir ttg ummah ini... nauzubillah. smg kita terpelihara dari kelekaan keseronokan yg sementara ni. alhamdulillah, Allah masih sygkan kita kerana kita masih diberikanNYA kesedaran utk berfikir...ya, berfikir ttg DIA. ttg ujian yg DIA turunkan kpd manusia. ujian yg kdg2 membuatkan manusia jadi tepesong jiwanya kerna ramai manusia yg tidak mengetahui bahwa byk hikmah yg tersembunyi di sebalik ujian tersebut.

tiba2 je hati ni rasa sunyi dan sayu. lebih2 lagi dgn hujan2 yg turun mencurah2 di luar rumah yg menambahkan lg kehibaan ini...(ceh, jiwang plak) ...tetiba je teringatkan shbt2 perjuangan.. shbt2 yg byk memberi dorongan dan menyuntik semangat diri ini utk terus berjuang.kdg2 hati ni keras dan sukar utk menerima nasihat, tp...mmm, x tahu la...betul la kata org.bila jauh hati akan rindu.kalu dkt, kita susah nk hargai org yg di sekeliling...pilu bila teringatkan betapa diri ini tidak menyumbang apa2 utk perjuangan ini...sesungguhnya, pabila sesuatu ikatan itu terikat oleh satu ikatan yg dinamakan ISLAM, kita akan susah utk meleraikan ikatan tersebut. bahkan kita tidak mahupun utk meleraikan ikatan 2 disebabkan rasa SAYANGnye kita pada ikatan 2...?(berapa byk ikatan da...huhu)....apa2 pun, semoga kita tidak membiarkan hati ikut bercuti...biarlah jasad shj yg cuti...payahnye bila hati juga turut diberikan cuti dari mendekati ALLAH...

"sungguh, Allah telah menolong kamu (mukminin) di banyak medan perang, dan (ingatlah) Perang Hunain, ketika jumlahmu yg besar itu membanggakan kamu, tetapi (jumlah yg byk itu) sama sekali tidak berguna bagimu, dan bumi yg luas itu terasa sempit bagimu, kemudian kamu berbalik ke belakang dan lari tunggang-langgang."

AT-TAUBAH : 25

Thursday, November 5, 2009

salah ke jd diri sendiri???

kadang2, tekanan dan himpitan masa menginginkan saya untuk menjadi 'remaja' buat seketika...sy tinggalkan sekejap bebanan kerja dan keserabutan urat 2 saraf yg melanda untuk mencari ketenangan diri utk seketika cuma...tp ini tdk bermakna sy ingin beruzlah dr medan perjuangan ini...tidak sama sekali!!!...tp niat hati hanya untuk 'bersukaria' shj...biasala remaja, jiwa sentiasa memberontak utk mencari dan mencuba sesuatu...jgn dihipokritkan perasaan itu. manakan sama jiwa 40 thh dgn jiwa 20 thn...TETAPI, jgn pula alasan ini dijadikan tiket utk menjadi remaja yg BODOH...yg lemas dek himpitan nafsu...kawal nafsu dgn iman dan taqwa.itu yg terbaik...

salah satu tabiaat buruk sy utk menghilangkan stress ialah SHOPPING...selagi duit dlm beg x habis, selagi 2 la kaki ini x akan meninggalkan tmpat shopping 2...memang buruk la habit ni tp x pa la, janji hati puas...lalala.kalu x pun, sy akan merayau je. berjalan sampai bengkak2 kaki sambil tgk ragam manusia yg pelbagai. berjalan2 bley membuatkan jiwa tenang dan fikiran menjadi lapang. satu tips yg berkesan utk menghilangkan rs stress ialah dgn meninggalkan tempat yg memberikan tekanan kpd kita. bg yg ada kenderaan sendiri, bleylah merayau2 dgn moto ke, keta ke...seronok...sy pernah la jgk keluar ke Ipoh bersendirian sbb bg sy waktu bersendirian adalah waktu yg terbaik utk menenangkan hati, jiwa dan perasaan disamping utk memuhasabah diri. selain 2, salah st cara saya utk menghilangkan rasa marah pd seseorang ialah dgn membayangkan muka org tersebut, kemudian sy berimaginasi yg sy sedang berhadapan dengannya sambil menyuarakan ketidakpuasan hati sy terhadapnya. kalu x puas hati lg, bayangkan anda sedang menumbuk mukanya...fuh!!!memang puas.....hehe...tp jgn dicuba selalu.x baik utk kesihatan.

sy pelik la bila ada org berkata, knp nk tulis psl diri sendiri dlm blog?? ...mmm, bagi sy x dak apa2 kesalahan pun. terpulangla pd pemilik blog 2 sendiri. janji ada batasannya...x salah kalu kita menyuarakan dan meluahkan apa yg terbuku di hati, jiwa, dan perasaan ini. mgkin sesetengah org x dpt menyuarakan secara langsung perihal perasaannya, lantas menjadikan blog ini sebagai medium utk dia meluahkan isi hatinya.....terpulang kpd diri msg2...

betul ke budak surau ni konservetif???...ish, x tahan betul la bila dgr ayat ni. yg plg sy x thn bila ada org ckp yg bdk surau ni x bermasyarakat.adoi...rasa cam nk bertukar jd pontianak je. kes budak surau x turun sukan pun dia kt kita ni jumud, kolot...meh sini nk explain ckt, sy memang x suka sukan. so, kalu AMBO BUKAN BDK SURAU PUN, sama la jgk keadaannya....nk buat camna..dah memang x suka...lg satu bdk surau dilabelkan jumud sbb x join program yg diorg buat.camna nk suh kitaorg ni join n sokong program korang kalu program korang 2 ambik berat langsung psl ikhtilat laki pompuan, melalak sana sini cam x nk mati, x ambik endah etika pemakaian...enjoy je setiap ms. nk suh kami sokong???...imej ISLAM yg kami bwk ni bkn suka2...kami x nk jd talam dua muka. mati2 nk tegakkan ma'ruf dan dlm ms yg sm sokong kemaksiatan ????...nape yek kalu bdk surau wat slh sikit sume nmpk, bz body sgt dgn kitaorg...nape x g menyibuk n tegur budak2 kapel yg makin BERTAMBAH kt mktb ni???..malam2 bertenggek cam burung hantu kat pondok 2...yg 2 x nk tegur plak....kalu bdk surau tegur, mula lah buat muka....ish.!!! apapun, terima kasih ats teguran2 yg diberikan. sbnrnya boleh menyedarkan kami jgk...sy akur psl itu.

utk mereka yg membawa imej ISLAM, bwklah imej ini dgn sebaik2nya...jgn jdkan diri kita ini berada dlm situasi pemikiran yg 'sempit' tetapi luaskan pemikiran utk mencuba sesuatu yg baru agar umat ISLAM tdk dipandang rendah oleh mereka yg dengki dgn kemenangan ISLAM. umat ISLAM perlu menjadi umat yg hebat...ada jgk teguran yg sy terima yg bdk2 islamik ni x campur ngn bdk2 biasa ni...x boleh la cam2...berkawan la dgn semua org selagi boleh berkawan...jgn jadikan diri kita ini terlalu eklusif...memang la kita x dpt memberikan hidayah pd manusia ttp kita boleh MELORONGKAN JALAN KE ARAH HIDAYAH ITU...ALLAH,,besarnya pahala yg akan kita dpt jika kt mampu berbuat demikian. kpd shbt2 yg berjuang utk ISLAM, jgn kita merendahkan sesama sendiri. setiap org ada kelebihan dan kekurangan masing2. amat bahaya jika ada antara kita yg merasakan kita lah yg terhebat...amat berbeza yek bagi "org yg dilahirkan dgn keluarga yg 'islamik', kemudian terdidik dgn cara Islam dan hidup dalam penghayatan Islam sepenuhnya" berbanding dengan "orang yg lahir dari keluarga biasa dan terpaksa plak berusaha sendiri untuk mencari HIDAYAH dan makna ISLAM yg sebenar". amat berbeza yek...

walau apapun, tingkat tarbiyah diri perlu dikukuhkan....ALLAH akan memberi kemenangan kpd org yg jiwanya dkt dgnNYA. ..RENUNG2KAN...

Monday, November 2, 2009

TANDA2 KEMATIAN


Assalam Mu'alaikum Wbrth!!! BACALAH DENGAN TELITI!!!

TANDA 100 HARI SEBELUM HARI MATI

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar.

Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.

Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat.

Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

TANDA 40 HARI

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT.

Maka Malaikat Maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi Malaikat Maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun Malaikat Maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

TANDA 7 HARI
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

TANDA 3 HARI
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.

Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam.

Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

TANDA 1 HARI
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

TANDA AKHIR
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

Sunday, October 4, 2009

warkah buat adik2 usrah yg ku sayangi...

Bismillahirrahmanirrahim..


Hidayah Allah itu umpama hujan… kena pada setiap tempat, penjuru dan ceruk alam ciptaanNya.. Allahlah yang mencampakkan hidayah itu.. setiap tempat akan kena pancaran hidayah itu seolah-olah kata pepatah “bumi mana yang tidak ditimpa hujan?… Dan tadahan bagi hujan hidayah itu adalah hati-hati manusia… terpulang pada kita, samada untuk membuka tadahan hati kita atau menutupnya… dan bilamana saat kita bertanya tentang hidayah Allah, mungkin itulah permulaan hidayah dariNya..

Ambillah sekecil-kecil langkah wahai sahabat yang aku amat sayangi, biarpun hanya detikan di hati MU, walaupun hanya suara hati mu yang berkata-kata… kerana sesungguhnya Allah Maha Mendengar, As-Sami’ maka pohonlah,pohonlah hanya kepada NYA dalam setiap sesuatu yang engkau ingini kerana hanya Dia bisa memakbulkan keinginan mu..

berusahalah wahai sahabat yang amat aku cintai, kerana sesungguhnya Allah itu tidak akan mengubah nasibmu melainkan kamu yang mengubah nasibmu sendiri…namun ingat wahai sahabat, jangan engkau sesekali kufur akan nikmat yang Allah kurniakan, kerana ingatlah bahawa azab Allah itu sesungguhnya amatlah pedih..bukankah tuhan kita, Allah telah berkata bahawa akan Dia penuhkan neraka itu dengan jin2 dan manusia sebagai bahan bakarnya…moga2 kita tetap terus tsabat dan istiqomah diatas jalan ini..

Sunday, August 30, 2009

Beruntunglah Bagi Mereka Yang Asing



Abu Hurairah r.a. meriwayatkan, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:

“Islam bermula sebagai sesuatu yang dianggap asing dan ganjil. Dan ia akan kembali sebagaimana permulaannya, dianggap asing dan ganjil. Maka, beruntunglah orang-orang yang ganjil”
[Hadith Muslim no. 145]


Semasa Islam datang, seruannya menimbulkan rasa hairan. Kehairan itu cukup untuk Islam ditolak, dipencilkan, ditertawakan, dituduh sebagai sihir dan agenda orang gila, dan seribu satu kecaman yang terakam di lembaran Sirah. Masakan tidak. Islam datang menongkah kebiasaan. Manusia sudah biasa menjadi hamba kepada manusia.

Biar pun perhambaan itu penuh dengan kezaliman dan penderitaan, manusia lebih selesa untuk mengekalkan kebiasaan berbanding menerima perubahan. Zina yang haram sudah menjadi kebiasaan. Lalu pernikahan yang halal menjadi kejanggalan. Arak yang menukar manusia jadi binatang sudah diterima sebagai normal. Makanan dan minuman yang halal lagi baik, dianggap pelik dan menyusahkan.

Riba yang mencengkam dan menyeksa kehidupan sudah diterima pakai sebagai tatacara hidup. Jual beli yang bersih lagi adil, dilihat sebagai asing dan tidak mempunyai masa depan. Walaupun perhambaan, penzinaan, arak dan judi serta riba dan kezaliman, semuanya itu menjadikan kehidupan manusia seperti neraka dunia, itu lebih selesa untuk dikekalkan kerana sudah biasa, berbanding mengusahakan perubahan, biar pun ia menjanjikan jalan keluar dari kegelapan Jahiliah tersebut.

Itulah nasib Islam di awal zamannya. Seruan untuk menyelamatkan manusia dibalas dengan maki hamun. Nabi diherdik dengan penghinaan. Tubuhnya dijamah dengan batu tajam yang menumpahkan darah. Kerana Islam ganjil di awal kedatangannya. Kejanggalan dan keganjilan itu tidak menimbulkan rasa terasing, malu atau rendah diri pada Baginda SAW dan sahabat. Sedikit demi sedikit mereka optimis membawa sinar perubahan, berteraskan iman. Mereka ganjil bukan sebab mereka salah. Mereka ganjil kerana mereka berbeza berbanding yang ramai.

Firman Allah SWT:

“Maka sepatutnya ada di antara umat yang telah dibinasakan dahulu daripada kamu itu, orang-orang yang berkelebihan akal fikiran yang melarang kaumnya dari perbuatan-perbuatan jahat di muka bumi tetapi sayang! Tidak ada yang melarang melainkan sedikit sahaja, iaitu orang-orang yang Kami telah selamatkan di antara mereka. Dan orang-orang yang tidak melarang itu telah menitik beratkan segala kemewahan yang diberikan kepada mereka dan menjadilah mereka orang-orang yang berdosa.”
[Hud 11: 116]


Ayat ini bercerita tentang sekumpulan manusia asing di tengah masyarakat. Mereka ganjil kerana ketika manusia sudah selesa dengan kerosakan dan menerimanya sebagai satu cara hidup, kelompok ini menyeru kepada sebaliknya. Mereka mengajak kepada ma’ruf dan mencegah kemungkaran. Namun mereka menjadi asing dan ganjil kerana mereka adalah minoriti. Majoriti mahukan maksiat dan kerosakan. Minoriti ini menyeru kepada ketaatan dan kemuliaan hidup.

Mereka inilah GHURABA! Kerana itulah Rasulullah SAW bersabda:

“Islam bermula sebagai sesuatu yang dipandang ganjil. Kemudian ia akan kembali menjadi seperti permulaannya, dianggap ganjil dan asing semula. Namun berikanlah khabar gembira kepada ghuraba’ iaitu orang-orang yang asing ini”
[Riwayat ibn Asaakir dan dinilaikan Sahih oleh al-Albani]


Baginda ditanya,

“Siapakah orang-orang yang asing itu?”

Baginda menjawab,

“Iaitulah mereka yang berusaha memperbaiki manusia ketika golongan ramai sudah menjadi rosak”
[Riwayat Abu Amr al-Dani daripada hadith Ibn Mas’oud. Dinilaikan sahih oleh al-Albani]



Di dalam suatu riwayat yang lain, baginda menjawab,

“Iaitu mereka yang menghidupkan Sunnahku yang telah dimatikan oleh manusia”


Juga dalam satu riwayat yang lain, baginda menjawab,

“Mereka adalah kumpulan kecil di kalangan kelompok ramai yang rosak. Golongan yang menentang kumpulan kecil ini, lebih ramai daripada yang mengikutnya”


Pernahkah anda berasa sunyi dan terasing kerana memilih untuk berpegang dengan Islam? Ketika riba dan rasuah sudah menjadi amalan kebiasaan di dalam urusan perniagaan, proses mendapatkan tender atau kontrak, anda yang memilih untuk tidak menerima semua itu kerana yakin dengan kebenaran ajaran Allah, berasa terasing, dipulaukan, disinis dan disindir. Pernahkah anda berasa seperti itu?

Ketika kawan-kawan memilih untuk terus memukul bola golf biar pun mentari sudah sirna menuju malam, anda yang memilih untuk bersolat tercicir daripada permainan, lalu ditertawakan oleh teman yang ramai, pernahkah anda mengalami pengalaman seperti itu?

Semasa ramai orang berasa malu untuk diketahui tidak pernah melakukan seks dengan sesiapa biar pun usia sudah mencecah belia, anda memilih untuk terus mempertahankan diri daripada zina kerana yakin dengan kebaikan menjauhinya dan besarnya kebinasaan menjamah dosa itu, pernahkah anda berasa tertekan dengan pilihan yang tidak popular itu?

Ketika orang ramai selesa dengan makan apa sahaja ada di depan mata, tanpa perlu diambil kira halal haramnya, anda memilih untuk bersusah payah mencari yang halal di celah syubhat dan haram yang berleluasa, lalu anda dianggap berlebih-lebihan dan ekstrim kerana pilihan itu, pernahkah anda berasa jauh dan terasing dengan cara hidup yang sedemikian rupa?

Tatkala orang semakin menerima cara hidup yang membelakangkan agama, mendedahkan aurat, bergelumang dengan maksiat, sebagai aras tanda mengukur kemodenan diri, tiba-tiba anda yang membungkus tubuh dengan pakaian yang menyembunyikan anggota yang bersangkutan dengan harga diri, pernahkah anda dicemuh kerana memilih untuk tidak berfesyen seperti manusia yang ramai hari ini?

Jika anda pernah berasa asing, ganjil, pelik, ditertawa, disinis, disindir, atau diperlekeh kerana mempertahankan kehidupan yang berprinsip seperti itu, terimalah khabar gembira yang disampaikan oleh Rasulullah SAW.

Tooba lil Ghurabaa’!

Firman Allah SWT:

“Dan jika engkau menurut kebanyakan orang yang ada di muka bumi, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah; tiadalah yang mereka turut melainkan sangkaan semata-mata, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta.
[al-An’aam 6: 116]


Allah SWT juga menyebut:

”Dan kebanyakan manusia tidak akan beriman walaupun engkau terlalu ingin (supaya mereka beriman)”
[Yusuf 12: 103]



Allah ‘Azza wa Jalla berpesan lagi:

“Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu. Kemudian jika mereka berpaling (enggan menerima hukum Allah itu), maka ketahuilah, hanyasanya Allah mahu menyeksa mereka dengan sebab setengah dari dosa-dosa mereka; dan sesungguhnya kebanyakan dari umat manusia itu adalah orang-orang yang fasik”
[al-Maa’idah 5: 49]



Allah SWT memberikan peringatan di dalam al-Quran:

“Akan tetapi kebanyakan manusia tidak bersyukur”
[Yusuf 12: 38]

Bersabarlah jika anda dipandang asing. Andai pandangan sedemikian berpunca daripada anda memilih Islam di zaman yang penuh cabaran ini. Keganjilan yang pertama, adalah keganjilan kerana memilih kebenaran. Keganjilan ini tidak menjadikan kaum minoriti yang memilih Islam menderita, sedih lagi berdukacita. Sama ada di dunia, mahu pun di Akhirat. Mereka sentiasa sedar yang mereka tidak bersendirian, kerana Allah sentiasa menemani mereka dalam kehidupan.

Di Padang Mahsyar, ketika orang ramai dihimpunkan mengikut apakah agama dan cara hidup mereka semasa di dunia, sekelompok ini ditanya, “Apakah kamu tidak pergi menyertai manusia yang ramai itu?” Mereka menjawab, “Semasa di dunia lagi, kami sudah pun tidak menyertai mereka biar pun semasa itu kami memerlukan mereka berbanding hari ini. Kami akan terus menunggu keselamatan dari Allah yang kami abdikan diri kepada-Nya selama ini”
[Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim]



Namun, Syaitan yang sentiasa menyesatkan manusia mengheret manusia untuk meninggalkan kebaikan yang menjadi pegangan generasi yang lalu, dan Islam kembali menjadi asing. Oleh kerana itu, janganlah kecundang dengan rasa rendah diri dan terasing kerana memilih Islam. Ia adalah pusingan kehidupan yang sudah pun diberitakan.

Suatu ketika, Rasulullah SAW ditanya tentang maksud firman Allah SWT:

“Wahai orang-orang yang beriman! jagalah sahaja diri kamu (dari melakukan sesuatu yang dilarang oleh Allah). Orang-orang yang sesat tidak akan mendatangkan mudarat kepada kamu apabila kamu sendiri telah mendapat hidayah petunjuk (taat mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya). Kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya, kemudian Dia akan menerangkan kepada kamu (balasan) apa yang kamu telah lakukan”
[al-Maa’idah 5: 105]


Baginda Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam bersabda:

"Bahkan sesungguhnya serulah manusia kepada kebaikan dan cegahlah dari kemungkaran. Kamu nanti akan melihat satu keadaan di mana kebatilan akan dituruti, hawa nafsu akan jadi ikutan dan dunia ini akan lebih diutamakan. Setiap orang akan tenggelam dalam pandangan masing-masing. Peliharalah diri kamu dan janganlah dituruti orang ramai. Sesungguhnya selepas zaman kamu ini, akan datang hari-hari yang menuntut kesabaran, dan kesabaran itu akan menjadi seperti perbuatan menggenggam bara api di dalam tangan. Sesiapa yang terus bertahan dengan keadaan itu akan mendapat ganjaran seperti 50 orang yang berbuat perkara yang sama” Sahabat bertanya, “Ya Rasulullah, ganjaran 50 orang seperti mereka?” Baginda menjawab, “Ganjaran 50 orang seperti kamu”
[Hadith riwayat al-Tirmidhi dan Abu Daud dengan sanad yang lemah tetapi diperkukuhkan oleh riwayat yang lain]


Ustaz Hasrizal Abdul Jamil
www.iluvislam.com
Editor: arisHa27

Saturday, August 8, 2009

MAINAN KATA SANG DA'IE

siapa yang kita untuk mudah berputus asa di jalan Allah ini? terasa rugikah jika meminjamkan masa kita untuk agama Islam yang indah ini...

mutakhir ini, jiwa sy begitu sayu melihatkan perubahan gelombang yang berlaku dlm masyarakat kini...Astaghfirullahalzim...terasa senak di jiwa dan berat kepala ini bila memikirkan masalah ummah yang dirasakan tiada penghujungnya. acap kali sy berpesan kpd diri untuk tidak meletakkan hasil apabila melakukan sesuatu. cukuplah menjadikan usaha sebagai pendorong diri untuk mengubah mereka yang masih hanyut dengan belaian nafsu.

terasa beku jiwa ini pabila mendengar cerita tentang mereka yang ketika dulunya hebat di medan juang tetapi rebah dalam perjalanan. sedihhhhh sgt!!!! ALLAHUAKBAR...!!! jika dulunya mereka ini menentang keras kemungkaran, kemaksiatan. tetapi kini, jiwa merasa agak terkilan apabila melihat mereka juga turut bersama mengagung-agungkan kemaksiatan yg jika dulunya ditentang habis-habisan. 'YA ALLAH, JANGANLAH ENGKAU BOLAK-BALIKKAN HATIKU SETELAH ENGKAU MEMBERI PETUNJUK KEPADAKU"...terasa gerun sekali dijiwa jika Allah mengubah hati yang penuh dengan debu-debu dosa ini. teringat tentang pertanyaan adik usrah sy. dia menyatakan tentang kerisauan hatinya untuk menegur kwnnya yg kurang berakhlak kerana dikhuatiri apa yg ditegur nanti berbalik kpd dirinya. sebnrnya inilah gelombang hidup seorang dai'e. kita menyatakan sesuatu atau menegur sahabat kita yg terlalai bkn utk kepentingan diri tetapi utk kebaikan shbt kita. tetapi harus beringat, perkara yg ditegur atau dibenci mungkin akan berbalik kpd dr kita kmbali...dan apabila saat itu tiba, ingatlah dan yakinlah bahawa itu adalah ujian oleh Allah untuk menguji thp IMAN hambanya yg diangkat darjat bergelar dai'e. SUBHANALLAH...!!!begitu hebatnya ujian para da'ie.

ingatlah sahabat, iblis dan syaiton sudah lama beraja di dunia ini...mereka lebih pakar dan hebat dalam tipu daya menyesatkan makhluk pilihan Allah bernama manusia ini. walaupun sehebat manapun kita di pandangan insan lain, sedarilah siapalah kita dihadapan Allah. dia lebih mengetahui gelora hati hambanya, keihklasan hati kita dalam memperhambakan diri kepadanya. bagi saya, pendangan Allah itu melebihi segala-galanya. biarlah kita tidak bernilai dan tidak berharga pada pandangan manusia, tidak dilihat hebat. asalkan Allah mengenali kita dengan pandangan yg sebenar-benarnya. ada org yg hanya hebat dalam permainan kata, tetapi pengamalannya?...masyaallah..!!! jgn biarkan diri kt ditipu oleh nafsu sendiri.

jangan kamu merasakan kamu sudah hebat dlm perjuangan Islam setelah kamu dipuja-dipuja dan dihormati. tetapi lihatlah bagaimana hati kamu beramal kpdNYA. ibadah kamu, adakah sudah sempurna? solatmu, adakah di awal waktu? qiamullail mu, adakah sehebat sultan muhammad al-Fateh?...kalu x settle lg benda yg disebutkan di atas, jgn kamu mengeluh dan bermimpi untuk menjadi mutiara yg bergemerlapan di medan dakwah ini....(peringatan untuk diri yg sering lupa)

Monday, July 27, 2009

FADHILAT BULAN SYAABAN...



Bulan Syaaban merupakan bulan kedua selepas Rejab yang penuh dengan keberkatan. Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.

Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah:

* Memperbanyakkan puasa sunat Sebagaimana yang telah dijelaskan terdahulu bahawa Rasulullah SAW. lebih gemar untuk berpuasa sunat dalam bulan Syaaban berbanding dengan bulan-bulan yang lain. Justeru itu adalah patut bagi kita selaku umat Baginda mencontohinya dalam memperbanyakkan puasa sunat bagi menyemarak dan mengagungkan bulan Syaaban ini.

Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW. bersabda yang maksudnya: "Barangsiapa berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah Taala mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid."

* Memperbanyak doa, zikir dan berselawat kepada Rasulullah S.A.W. Sabda Rasulullah S.A.W.: "Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)

* Bertaubat Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili Radiallahuanhu, dia berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya: "Manakala masuk bulan Syaaban, sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu."

Friday, July 17, 2009

SELAMAT DATANG RUMATE BARUKU...


ALHAMDULILLAH, akhirnya dpt jgk aku beroomate...


Memperkenalkan roomate baruku, wan aida sakinah...budak ganu 2. comel orangnyer...setelah roomate lamaku pergi 'meninggalkan' aku, aku dok sorang2 je kt bilik selama satu sem.x da tmpat bergantung.huhu...sedihnye ayat...sbnrnya aku x nak roomate sbb aku rasa x da sape pun yg boleh gantikan roomate lama aku, cik FARA. waaaaa!!!! RINDU FARA... apapun congrate kat Fara sbb x lama dah nk jadi nurse...tahniah2. ok, berbalik kpd cerita roomate td, sbnrnya aku x nak roomate lain sbb x nk memori aku bersama Fara terhapus.ceh, jiwangnya ayat...tp, bila kawan2 nasihatkan aku tentang kepentingan beroomate ni, aku pun fikirla masak2. bila difikirkan aku yg selalu kesepian kt bilik, bangun tido lambat, g kelas lambat, aku pun buatlah keputusan yg AKU KENA ADA ROOMATE..huhu. x pa la Fara, memori kita masa kt jd roomate dl terus dlm ingatan ni.hehe..

tp untuk beroomate ni, aku nk roomate junior...intake baru masuk ni...sblm ni, ada jgkla kawan yg nk jd roomate aku, tp ak x nak sbb aku duduk dgn junior jgk..aku doa kat Allah moga roomate baru aku ni memahami aku...almaklumlah, aku ni jenis x lekat kat bilik...asyik sibuk dgn meeting, usrah...mmm, moga2 dia x bosan asyik kena tinggal kat bilik je.huhu...tp aku tengok roomate baru aku ni pun bagusla jgk orgnyer...ajak aku solat jemaah, bley sembang pasal Agama. Alhamdulillah, moga Allah kabulkan doaku utuk dpt roomate yg bley ingatkan aku kepada Tuhan aku...sbb aku ni jenis yg mudah lagha...ish2

k la, apapun, semoga aku diizinkan Allah untuk menjadi kakak senior yg baik yg boleh menjadi qudwah kepada adik2 yg baru masuk ni. insyaallah...lepas ni, bleyla ramai2 pakat join biro Agama. ok yek!!! nk stop kat sini dl la..sbnrnya aku tgh bosan ni melayan si azah yg asyik mengarut dr tadi lg nih. nk kena sekeh ni...k la, nk g sekeh azah ni...

Thursday, July 9, 2009

HATI YANG TERPILU...

SUKAR NAK BERBAHASA DENGAN ORANG YANG TAK RETI BAHASA...


YA ALLAH, KUATKAN HATIKU...

YA ALLAH, KUATKAN IMANKU...

BERI KAN KETABAHAN KEPADAKU TUHAN...

DI SAAT KEMANISAN DAKWAH MULA DIRASA,

KEPAHITAN HEMPEDU TURUT DATANG MENCELA...

YA TUHAN...BERIKAN AKU KETABAHAN UNTUK MENGGEGARKAN DUNIA DAKWAH INI...AGAR BIAH SOLEHAH DAPAT KUBENTUK...


BUKA LAH MATA 'INSAN'...

cuba dengar pendapat orang...

jangan jadi 'ahli falsafah' yang hanya bisa menegakkan diri sendiri sahaja...

tanpa mempedulikan kelebihan org lain...

apa...kamu fikir kamu sahaja yang betul? kamu sahaja yang hebat?

ooooo...disebabkan hanya beberapa kerat dalil yang kamu hafal, hanya disebabkan kamu berpengatahuan dalam isu-isu dunia, kamu fikir kamu sudah hebat...

jangan ingat orang lain tidak berguna, jangan tengok org lain dgn pandangan yang menunjukkan kamu sahaja hebat...jangan ingat kamu sudah hebat setelah kamu dipuja, diagung2kan...

LETAKKAN DIRIMU 'INSAN' DI TEMPAT YANG PALING RENDAH...

jika kamu merasakan dirimu sudah teragung, sia-sialah kamu bersolat kerana kamu tidak menghayati apa makna di sebalik kehebatan solat itu sendiri...yakni BERSUJUD yang merupakan simbolik meletakkan diri pada kedudukan yang paling rendah...fikir-fikirkanlah!!!

DARI INSAN KEPADA INSAN YANG TIDAK MENYEDARI HAKIKAT INSAN...




Thursday, July 2, 2009

TERIMA KASIH ALONG...

CORETAN NI SAYA TUJUKAN KHAS BUAT ALONG...

TERIMA KASIH along sebab menjadi pembantu yg baik untuk sy. kalau x da along, x tau la camna sy nk buat keja. along byk tolong sy camna nk jadi setiausaha yg efisien...sy rasa kerja2 sy tersusun sbb along byk bantu sy.along byk menjadi 'guru' untuk sy.

keja ngn along best sgt...x tension pun. sy rasa keja2 SU tersusun sbb along. nk harapkan sy sorang x tahu la.huhu.along ni kreatif dan pendek kata, perfect la bila wat keja la along.hehe.

BUAT KALI NI, SY UCAPKAN TERIMA KASIH KAT ALONG sbb bantu sy melengkapkan kerja untuk program lawatan penanda aras 2. terima kasih untuk booklet n slide show yg hebat 2....maafla sbb byk menyusahkan along...

ok la, semoga kita terus istiqamah la dlm keja Islam ni. lepas ni, bila along dah kuar x tau la camna sy nk bergerak kerja. sape nk bimbing sy...x tahu la sama ada sy bley jd senior yg baik untk adik2 IPIP cam along layan kami....

SYUKRAN YA UKHTI....!!!SELAMAT MAJU JAYA

Friday, June 26, 2009

Kisah Hidup Mustafa Kamal Attartuk

Assalamualaikum. ..

Buat renungan bersama : Teladan Dari Kisah Hidup Mustafa Kamal Attartuk.

1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt.

2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali leher dan topi(sesuai dengan kehendak barat).

3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di satu parti umum yang pertama di Ankara.

4. Beliau pernah menegaskan bahawa "negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden."

5. Menggalakkan minum arak secara terbuka.

6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki.

7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.

8. Mengambil arkitek- arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya di seluruh bandar Turki.

9. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.

10.Agama Islam juga di buang sebagai Agama Rasmi negara.

11.Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan.

12.Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.

13.Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.

14.Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.

15.Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.

16.Membatalkan undang-undang waris, faraid secara islam.

17.Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.

18.Mengganggap dirinya tuhan sama seperti firaun. Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya "siapa tuhan dan di mana tuhan tinggal?" oleh kerana takut, askar tersebut menjawab 'Kamal Atartuk adalah tuhan" beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.

Kematian Kamal Atartuk Yang Menyeksakan

Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia.

Antaranya ialah :

1. Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki dimana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan.

2. Sakit jantung.

3. Penyakit darah tinggi.

4. Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepadabomba untuk menyiram rumahnya 24 jam. Pembantu-pembantunyajuga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau.

Maha suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang. Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu. Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggung jawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk.

Allah itu Maha Besar, panasnya tak jugak hilang! Pada 26 september 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas dan sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan.

Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia. sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi,mengkafandanmenyembahyangkan mayat beliau.

Mayatnya diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya . Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya (tak dapat nak bayangkan bagaimana tanah tidak menerimanya) .

Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke dalam muzium yang diberi nama EtnaGrafi (kalau tak silap dengar) selama 15 tahun sehingga tahun 1953). Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44 tan. Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar. Apa yang menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa "jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk!"

Dari Abdullah bin 'Amr r.a, Rasulullah Salawatu Alai Wasalam bersabda : "Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat." Muhasabahlah diri sendiri (yakni diri saya) sebelum muhasabah diri orang lain. Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah SubhanAllah Wa Taala. Apa yang salah dan silap itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri.

Wallahua'lam

Wassalam...

BY : PERSATUAN MAHASISWA ISLAM USM (PMIUSM)

Terima kelebihan dan kelemahan orang lain dengan penuh REDHA...

Bismillahirahmanirahim....

setiap individu yg ALLAH jadikan ni berbeza...x kan sama lah. x kira kembar ke, adik beradik ke...perwatakan dan sikap mesti x sama. pernah x kita reflek diri kita, camna cara kita terima kelemahan org lain? adakah dgn cara menghukum mereka atau dengan mengata-ngata mereka di belakang?

DIAKUI dan DIYAKINI bahawa setiap manusia mempunyai pelbagai 'tabiat' dan perwatakan yg berbeza. ada yang jenis otak lambat 'pikat' (jenis yg susah nk faham), ego, panas baran , moody dan ada jgk yg jenis x suka ngaku kesalahan diri.mmm, camna agaknyer yek kita nk menjalinkan hubungan dengan mereka yg seperti ini... sebenarnya sy pun tergolong jgk dlm golongan yg disebutkan di atas.

saya teringat kata-kata seorg sahabt semasa usrah dulu, katanya cam ni la ; " SALAH SATU CARA UNTUK MEMBINA UHKWAH YG BAIK DGN KAWAN2 IALAH DGN MENGANGGAP KELEMAHAN DIRI SAHABAT KITA SEBAGAI 'PERBEZAAN ANTARA INDIVIDU'". macam yg sy sebutkan di atas la, setiap individu ni berbeza...ada yg kita selesa apabila brsama dgn mereka, ada yg kita rasa nk terajang je bila tgk mereka. penyelesaiannya? sentiasa la berfikiran positif dan bersangka baik dgn mereka. tgk segala perlakuan mereka 2 dgn perasaan yg positif dan jika ada unsur negatif mula 'menyerapi' hati kita, maka cpt2la kita buang jauh2. (nasihat utk diri sendiri)...MUNGKIN KELEMAHAN DIRI MEREKA 2 ADALAH SEBAGAI PENGAJARAN DARI ALLAH UNTUK KITA YANG DIWASILAHKAN MELALUI MEREKA untuk mematangkan lagi diri kita ni...semakin jauh kita melangkah, pelbagai ragam manusia yg akan kita ketemui.


Sunday, May 24, 2009

BUKAN SENANG NAK JADI MACAM NI...

saya kagum betoi dgn org2 yg bley bercakap di khalayak. bkn sng nk ckp dpn org ni. kalu x da keyakinan diri yg tinggi, mmg tergagap2 jadinye...sy kalu time kuliah, sy suka dgr pensyarah bercakap kat depan. fuh! gfrofesional betoi...macamana diorang bley mengeluarkan ayat2 yg sebegitu hebat dan susunan perkataan yg teratur. lancar je bunyinyer...

yg paling saya suka bila dgr debate. betul2 kagum la tgk diaorg berucap kt dpn dgn lenggok badannye sekali yg boleh membuatkan kita terpegun melihatnya. tambah2 lagi bila diselitkan dgn al-quran dan hadis. kat
maktab ni pun, ada juga antara sahabat2 yg membuatkan saya kagum bila dgr diorg berbicara. kadang2 terfikir, camna diorg bley keluarkan idea2, ayat2 yg sebegitu hebat. BOMBASTIK!!!...

sbnrnya yg penting adalah ILMU. ILMU la yg menjadikan kita yakin untuk bercakap sbb kita ada pengetahuan yg boleh di'luahkan'. cita-cita saya adalah untuk menjadi pemudi yang boleh bersuara lantang di khalayak, yang boleh menyuarakan pendapat tanpa ada rasa rendah diri dan segan. dan itulah keinginan dan harapan saya selama ini. saya mula aktif dalam public speaking ni masa sekolah rendah.
sy ingat lagi, masa sekolah dl sy suka sgt 'menonjolkan' diri x kira la dlm bidang apa2 pun. asal ada pertandingan je, sy mesti masuk sbb sy x nk org lain mendahului sy (walaupun x pernah menang) macam syarahan, pantun, nasyid, hafazan, tilawah. untuk pengetahuan sume, dl masa kat matrix sy ada la jgk cuba2 nk masuk menari. terkejut x? tp mujur le Allah syg sy dan bagi sy masuk maktab, seterusnya mendapat pentarbiahan..Alhamdulillah.

apapun, golongan rijal khususnya perlu berani untuk 'bercakap' di khalayak. perlu berani menyuarakan pandapat dan pandangan. then, kita perlulah profesional dalam segala tindakan x kira la sama ada dlm tingkah laku ke, pertuturan, mahupun cara kita berpakaian. terus terang sy ckp, sy begitu tertarik dan kagum dengan golongan yg tampak profesional n sentiasa confident. bukannya asyik selekeh n pasif je. walapupun sy ni x seperti apa yg sy ckpkan, tapi saya a
da cita2 utk menjadi seperti itu...so, sahabat2 plak,camna???


keyakinan itu penting dlm membuat perubahan....!!!




Monday, May 18, 2009

MINTA MAAF SEMUA...

Assalamualaikum...

ana ingin minta maaf kepada semua sahabat x kira yang dikenali, yang rapat atau yg x berapa rapat. ana sedar, seminggu dua ni ana cam pelik cikit. bukan cikit, tapi banyak.selalu je moody. tapi, itu bukan kehendak ana sbnrnya. x tau la. untuk pengetahuan sume, ana betul2 terseksa sbnrnya nk layan moody 2. rasa cam nk histeria pun ada...sbb 2 la ana perlukan perhatian dari shbt2. jgn sisihkan ana.ana nk hubungan ana dgn sahabat2 sume cam dulu. sentiasa happy, gurau senda..best sgt masa 2. tapi skrg, ana rasa sumenya dah lain...x tau la...
so, exam pun makin dkt. JADI, ANA MINTA MAAF SGT2 KAT SUME ats silap dan salah ana selama ini. ana MAAFKAN sume salah silap kalian sume. semoga Allah permudahkan kita untuk menempuhi peperiksaan ini. INSYAALLAH...

Friday, April 17, 2009

APA YG KITA RASE...??


APA YG ANDA FIKIR BILA TGK GMBR KUCING 2...

  • mesti mcm2 andaian yg ada dlm kpl kiter ni...sbnrnye, kucing 2 tgh tension agaknye.anda pulak, cuba anda perhatikan camna keadaan anda kalu anda tgh tension + marah + sakit hati. cuba tgk memek muka masing2. mesti teramat udoh kan?...biasa la 2. sy sendiri pun, kalu time mood x stabil, nk pandang cermin pun cam x nk je sbb rasa sakit hati je bila tgk muka sendiri. maklumlah, rasa cam tension je bila tgk muka sendiri yg tgh dlm keadaan moody 2. rasa cam nk bagi penampar je. kalu kita pun dah rasa cam2 pd diri sendiri, apatah lg org lain.ada seorg kawan selalu nasihatkan saya. sy ingat lg ayat dier, : "ima, hang jgn la tension2. kalu hang tunjuk muka tension hang 2, aku pun mesti rasa bad mood gak"...mmm, nampak x? percaya x kalu saya kata emosi kita ni boleh mempengaruhi emosi org lain?...

PERNAH X ANDA RASA TENSION BILA GAGAL DLM SESUATU?

  • GAGAL...!!! sape yg suka gagal. dgr perkataan 2 pun dah rasa ketar semacam je. tapi, kdg2 kite kena alami jgk kegagalan 2. kalu kita x pernah nk alaminya, mesti kt x dapat cari kemanisan di sebalik kegagalan 2. kalu sy perhatikan balik sejarah hidup sy, sy betul2 yakin bahawa Allah sedang menyusun yg terbaik untuk sy, INSYAALLAH...dlm famili, sy rasa sy la yg paling x pandai, yg punyai paling byk kekurangan. kdg2 kelemahan 2 membuatkn sy jd rendah diri bila bersama adik beradik yg lain. sy ingt lagi, disebabkan keputusan peperiksaan sy dlm UPSR dan PMR yg tidak begitu cemerlang memuatkan sy berfikir sejenak, " sampai bila aku harus begini ". cabaran dari adik beradik yg lain membuatkan sy bersedia untuk bangkit menjadi seorg MANUSIA. seorg kakak sy pernah berkata ; "ima, cubalah berubah . x kan la org lain bwk balik kereta besar, ko bawak balik basikal je"...entahla sy pun keliru pd masa 2, "kenapa aku begitu lemah drp org lain?"

ORG LAIN BOLEH, X KAN AKU X BOLEH!!!
  • frasa kat ats 2 begitu bermakna dlm hidup sy...masuk je form 4, sy mula berazam untuk berubah. sy akan buktikan bahawa sy ni bukannyer dilahirkan untuk GAGAL. pelbagai strategi disusun dlm memastikan 'sasaran' yg sy tetapkan berjaya dicapai. namun, sy sedikit rasa agak jeles apabila melihat adik beradik yg lain berjaya menjejakkan kaki ke sekolah berasrama penuh mahupun bestari, sedangkan sy tidak pernah berpeluang untuk merasa keseronokan berada di sekolah yg terpilih. tapi, sy positif, situasi tersebut begitu membentuk diri sy. oleh itu, sy mula merancang sesuatu untuk membina keyakinan diri, penglibatan dlm setiap aktiviti sekolah dan menjadi seorang yg aktif dlm persatuan mahupun kepimpinan mula membuatkan semangat sy berkobar2 untuk berjaya dlm lapangan persekolahan. namun, pd masa itu, hanya kpd Allah sajelah sy berserah. bila diri ni rasa x tahan sgt, hanya kpd DIA tmpat sy mengadu, menangis dan meminta hanya kepadaNYA. x dpt digambarkan betapa nikmatnye bila hati selalu terpaut pd dakapan cintaNYA. rasa syahdu, tenang...kadang2 rasa rindu sgt pd perasaan 2.

ALHAMDULILLAH...

  • bila result SPM diumumkan, sy la org yg paling gembira. rasa teramat sgt akan kekuasaan Allah 2. sejak 2 sy percaya, kalu kita betul2 yakin kpd Allah dan sentiasa meminta kepadaNYA, Allah tdk akan menghampakan kita. Alhamdulillah, sy berjaya mengembalikan keyakinan keluarga kpd sy. tawaran belajar dr matrikulasi, uitm dan maktab begitu membuatkan sy menitis air mata kesyukuran. dan alhamdulillah, Allah masih bersama saya dengan memberikan pilihan yg baik dalam menentukan kerjaya hidup sy. akhirnya, Institut Perguruan menjadi pilihan. dan sekali lagi sy teruji apabila kegagalan datang lagi menguji diri. gagal dlm satu subjek semasa berada di sem 3 foundation membuatkan smgt sy hampir luntur. sedih bila tgk sahabat2 lain tersenyum dengan kptsn yg cemerlang. sedangkan sy asyik bergelumang dengan air mata kekecewaan. tapi pd ketika itu, dtg sahabat2 memberikan semangat dan ransangan. sedikit sebanyak sy mula bangkit. dan Alhamdulillah, walaupun sy gagal dlm satu subjek tetapi sy bersyukur kerana pointer untuk sem itu masih dalam lingkungan 3.5 ke atas. dalam masa kegagalan itu, bermacam-macam kata-kata yg datang bertandang dan salah satu yg saya x dp lupa bila ada suara yg mengatakan ; "2 la ko ima, pentingkan sgt akhirat. dunia x hirau.sbb2 2 la gagal". nampaknyer penglibatan sy dalam biro Agama dan Kerohanian disalahertikan. x pa, sy anggap itu sbgai cabaran. sy sedar, kegagalan 2 jgk berpunca dr sy. sy akui, sejak menjejakkan kaki di maktab ini, sy tercari2 semangat sy semasa di sekolah dl. berada di dalam suasana dan persekitaran baru membuatkan sy sedikit terumbang-ambing dlm menguruskan jadual diri.

NAK BAIKI DIRI...

  • banyak yg sy kena baiki ni. first, sy kena cari balik semangat sy yg tertinggal di zaman persekolahan dulu. then, sy x nak saya cepat futur (give up) dengan tugas sebagai seorang daie disbbkan kegagalan sy tersebut. sesungguhnya, setiap yg berlaku adalah tarbiah dari Allah supaya kita dpt membaiki diri dan menilai kelemahan diri sendiri. org lain x boleh tolong kita. kita je yg boleh tolong diri kita sendiri. k, terima kasih kpd sahabat2 yg banyk berkongsi susah dan senang bersama saya, insan yg punyai banyak kekurangan ini...

Thursday, April 9, 2009

DAKWAH BERKESAN JIKA FAHAMI JIWA REMAJA


DULU pernah berdiri seorang pemuda berumur 25 tahun yang gagah berani meredah samudera Atlantik sambil mengangkat panji Islam yang dijunjung tinggi sambil berseru:

Demi Allah SWT, jika aku mengetahui bahawa di seberang lautan ini ada daratan, nescaya akanku harungi dengan kudaku atas nama Lailahaillah.

Akhirnya Afrika jatuh ke tangan pemuda itu. Dialah Panglima ulung, Uqbah bin Nafi. Tapi kini, berdiri seorang pemuda cukup berani, menjelajah sepanjang jalan di kegelapan malam, bangga menjadi seorang lelaki yang tidak takut mati.

Demi gemuruh tepukan dan sorakan teman yang tidak siuman dan pembebasan diri daripada tekanan kehidupan. Dia berhasil menjadi raja jalanan dengan enjin kuda canggih yang boleh menerbangkan nyawa seketika.

Lelaki itu bangga berasa diri hebat tetapi tidak tahu untuk apa kebanggaan itu. Dan sampai bila akan berakhir kepalsuannya. Sampai bila kepuasan itu boleh mengubat hatinya. Pemuda yang merempit semakin ditohmah dan dikeji, mereka semakin berani, siapakah yang boleh memahami jiwa pemberontak ini?

Sebahagian yang lain masih bersekolah dan terbabit pula dengan gangsterisme dan vandalisme. Mengapa ibu bapa, guru, dan kita sendiri sebagai anggota masyarakat tidak mampu membimbing dan mendidik mereka? Di mana silapnya?

Rasulullah SAW pernah berhadapan dengan pemuda yang keras dan ganas seperti Umar. Bahkan pemuda itu pernah berjanji akan membunuhnya. Dengan apakah Nabi SAW menakluki hati sekeras karang milik Umar?

Dan sudah terbukti pemuda berani bangsa Quraisy yang ditakuti akhirnya bertekuk lutut di hadapan Baginda SAW. Apakah rahsia yang tersimpan dalam dakwah dan bimbingan Rasulullah SAW kepada setiap pemuda itu?

Pendekatan psikologi amat diperlukan oleh orang yang gagal dalam hidup. Mereka mengharap bimbingan bukan tohmahan. Bimbingan terbaik adalah melalui penaklukan hati dan perasaan. Pepatah mengatakan, Sesiapa yang mahu menakluk seseorang maka kuasailah hatinya.

Pemuda bermasalah ini mahu melihat kita dengan wajah yang ramah dan mesra. Wajah yang apabila dipandang mengingatkan mereka kepada Allah Taala. Tiada sedikitpun iras kebencian yang dipamerkan. Sikap mahu bersahabat dan prihatin perlu ditonjolkan.

Mereka sebenarnya dalam keadaan tenat, kehilangan arah dan tidak tahu bagaimana mahu menyelamatkan diri daripada kancah kejahatan. Jika orang yang berada di sisi mereka hanya mahu menghukum dan mengeji saja, mustahil mereka boleh bangkit melainkan dengan ketentuan Allah SWT.

Mengapa agama menjadi pilihan yang tidak begitu diminati generasi muda masa kini? Apakah kerana gaya persembahan dakwah yang kurang sesuai dengan kecenderungan pemuda-pemudi kita? Tidak salah jika nilai ajaran agama diserap melalui filem, drama, muzik atau bahan bacaan berunsur hiburan.

Pendekatan dakwah yang fleksibel akan menarik minat remaja. Bukankah Rasul SAW pernah berwasiat kepada seorang sahabatnya ketika mahu menyampaikan Islam: Permudahkanlah jangan menyusahkan.

Masalahnya, kini generasi muda mengenal Islam dengan cara ditakut-takutkan yang ini haram, yang itu haram.

Penulis ialah pendakwah dari Negeri Sarawak, boleh dihubungi melalui juanda@kutpm.edu.my

Friday, April 3, 2009

ima kembali lagi...!!!

latihan nasyid.gaya sang johan...caya lah korang!!!dpt johan...
cikgu Rosli, cikgu yang banyak mamberi semangat ms sekolah dl

murid2 4 tekum...adoi, memang agresif yek bdk kelas ni

pra sekolah yg lawa...lps ni bley tiru idea untuk konsep kelas pemulihan

tahniah yek!!!

muka control rajin sbb nk masuk kamera...hehe


assalamualaikum..


dah lama pena x berbekas di blog ni. tp alhamdulillah hari ni ada gak peluang utk sy mencoretkan sesuatu di blog yang x berinformasi ni..huhu..alhamdulillah sy baru selesai menjalankan PBS di sekolah lama sy (Sekolah Kebangsaan Seligi, Pasir Puteh, Qelate)... GAMBAR KAT ATAS 2 SY AMBIK MASA PBS ARI 2 .memang best berPBS di sekolah lama.dpt jumpa cikgu2 lama yg still ngajar kt c2.cikgu2 cam gembira la bila tgk sy.al maklumlah, dulu mereka yg mengajar sy. tp skrg sy yg bersama2 mereka mengharungi dunia pendidikan ni...tp yg x bley lupa 2 bila time nk sembang ngn diaorang...kalu time sekolah dulu, kt kan panggil panggil diaorg cikgu..tp kali ni, diaorang membahasakan diri mereka sbg 'AKAK'. adoi!! segan pun ada...hehe...apapun, fisrt PBS ni mmg best sgt.studentnyer pun ok la jgk. x da la yg pelik2. tp yang x tahan nyer, kebanyakn budak2 yg bljr kat c2 adalah jiran saya, sanak saudara sy. pas2, bila jumpa ngn diaorg, mula la keluar dr mulut diaorg, "eh, cam kenal je"...huhu..ape2 jelah...tp PBS kt sekolah luar bandar ni cabarannya x da la sgt..(yg mencabarnya, kulit muka jd hitam sbb merempit g sekolah)..kalu dgr pglman kwn2 lain yg buat PBS kt KL ke, citenya lain plak..diaorang ckp, bdk2 cana kalau speaking kalah cikgu2 kt maktab ni, hatta budak yg pendidikan khas pun speaking gak...adoi, abislah sy kalu camni...dahla bi x berapa pandai...hehe....

  • TAHNIAH KPD PASUKAN NASYID SK SELIGI YG BERJAYA MENJADI JOHAN PD PERTANDINGAN PERINGKAT ZON ARI 2. (dl, masa time sy,nasyid x pernah menag, mybe sbb solonya sy kot...hehe)

mmm, apapun..dalam kesibukan yg x da kesudahannya ni...gerak kerja untuk Islam x dilupakn jgk. sedih tgk keadaan Biro Agama skrg ni.Mgkin sbb salah diri sendiri yg ego dgn masa dan kerja lain...usrah pun x jalan sgt. kesian adik2 usrah yg terkontang kanting kat luar 2. tp x pa, sy ada pendekatan br untuk usrah sy ni. semoga berkesan la harapnya. (sekarang ni tgh fikir apa yg nk dibuat untuk tackle adik2 usrah).rasa cam diri ni brsalah sgt bila tgk keadaan masyarakat kt maktab ni. kadang2 terfikir jgk, Allah pilih aku untuk bersama2 golongan yg menegakkan amal makruf ni, tapi aku je yg x hargai peluang ni. buat sahabat2 lain, marilah sm2 kita muhasabah diri kita. paling penting sekali tingkatkan amal ibadah kerana itu adalah asas untuk menentukan turun naiknyer iman kita...

Sunday, March 8, 2009

Baginda Menangis Di Padang Masyhar


Dari Usman bin Affan bin Dahaak bin Muzahim daripada Abbas ra, bapa saudara Rasulullah SAW dari Rasulullah SAW telah bersabda, yang bermaksud:“Aku adalah orang (manusia) yang paling awal dibangkitkan dari kubur (bumi) pada hari kiamat yang tiada kebanggaan. Bagiku ada syafaat pada hari kiamat yang tiada kemegahan. Bendera pujian di tanganku dan nabi-nabi keseluruhannya berada di bawah benderaku. Umatku adalah umat yang terbaik. Mereka adalah umat yang pertama dihisab sebelum umat yang lain. Ketika mereka bangkit dari kubur, mereka akan mengibas (membuang) tanah yang ada di atas kepala mereka. Mereka semua akan berkata: “Kami bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan kami bersaksi bahawa Muhammad itu Rasulullah. Inilah yang telah dijanjikan oleh Allah Taala serta dibenarkan oleh para rasul.” Ibnu Abbas ra berkata: “Orang yang pertama dibangkitkan dari kubur di hari kiamat ialah Muhammad SAW. Jibril as akan datang kepadanya bersama seekor Buraq. Israfil pula datang dengan membawa bersama bendera dan mahkota. Izrail pula datang dengan membawa bersamanya pakaian-pakaian syurga.”
Jibril as akan menyeru: “Wahai dunia! Di mana kubur Muhammad SAW?”
Bumi akan berkata: “Sesungguhnya, Tuhanku telah menjadikan aku hancur. Telah hilang segala lingkaran, tanda dan gunung-ganangku. Aku tidak tahu dimana kubur Muhammad SAW.”
Rasulullah SAW bersabda: “Lalu diangkatkan tiang-tiang dari cahaya dari kubur Nabi Muhammad SAW ke awan langit. Maka, empat malaikat berada di atas kubur.”
Israfil bersuara: “Wahai roh yang baik! Kembalilah ke tubuh yang baik!”
Maka, kubur terbelah dua. Pada seruan yang kedua pula, kubur mula terbongkar. Pada seruan yang ketiga, ketika Rasulullah SAW berdiri, baginda SAW telah membuang tanah di atas kepala dan janggut baginda SAW. Baginda SAW melihat kanan dan kiri. Baginda SAW dapati, tiada lagi bangunan. Baginda SAW menangis sehingga mengalir air matanya ke pipi.
Jibril as berkata kepadanya: “Bangun wahai Muhammad! Sesungguhnya kamu di sisi Allah Taala di tempat yang luas.”
Baginda SAW bertanya, “Kekasihku Jibril! Hari apakah ini?”
Jibril as menjawab: “Wahai Muhammad! Janganlah kamu takut! Inilah hari kiamat. Inilah hari kerugian dan penyesalan. Inilah hari pembentangan Allah Taala.”
Baginda SAW bersabda: “Kekasihku Jibril! Gembirakanlah aku!”
Jibril as berkata: “Apakah yang kamu lihat di hadapanmu?”
Baginda SAW bersabda: “Bukan seperti itu pertanyaanku.”
Jibril as berkata: “Adakah kamu tidak melihat bendera kepujian yang terpacak di atasmu?”
Baginda SAW bersabda: “Bukan itu maksud pertanyaanku. Aku bertanya kepadamu akan umatku. Di mana perjanjian mereka?”
Jibril as berkata: “Demi keagungan Tuhanku! Tidak akan terbongkar oleh bumi daripada manusia, sebelummu?”
Baginda SAW bersabda: “Nescaya akan, kuatlah pertolongan pada hari ini. Aku akan mensyafaatkan umatku.”
Jibril as berkata kepada baginda SAW: “Tungganglah Buraq ini wahai Muhammad SAW dan pergilah ke hadapan Tuhanmu!”
Jibril as datang bersama Buraq ke arah Nabi Muhammad SAW. Buraq cuba meronta-ronta. Jibril as berkata kepadanya: “Wahai Buraq! Adakah kamu tidak malu dengan makhluk yang paling baik dicipta oleh Allah Taala? Sudahkah Allah Taala perintahkan kepadamu agar mentaatinya?”
Buraq berkata: “Aku tahu semua itu. Akan tetapi, aku ingin dia mensyafaatiku agar memasuki syurga sebelum dia menunggangku. Sesungguhnya, Allah Taala akan datang pada hari ini di dalam keadaan marah. Keadaan yang belum pernah terjadi sebelum ini.”
Baginda SAW bersabda kepada Buraq: “Ya! Sekiranya kamu berhajatkan syafaatku, nescaya aku memberi syafaat kepadamu.”
Setelah berpuas hati, Buraq membenarkan baginda SAW menunggangnya lalu dia melangkah. Setiap langkahan Buraq sejauh pandangan mata. Apabila Nabi Muhammad SAW berada di Baitul Maqdis di atas bumi dari perak yang putih, malaikat Israfil as menyeru: “Wahai tubuh-tubuh yang telah hancur, tulang-tulang yang telah reput, rambut-rambut yang bertaburan dan urat-urat yang terputus-putus! Bangkitlah kamu dari perut burung, dari perut binatang buas, dari dasar laut dan dari perut bumi ke perhimpunan Tuhan yang Maha Perkasa.
Roh-roh telah diletakkan di dalam tanduk atau sangkakala. Di dalamnya ada beberapa tingkat dengan bilangan roh makhluk. Setiap roh, akan didudukkan berada di dalam tingkat. Langit di atas bumi akan menurunkan hujan dari lautan kehidupan akan air yang sangat pekat seperti air mani lelaki. Daripadanya, terbinalah tulang-tulang. Urat-urat memanjang. Daging kulit dan bulu akan tumbuh. Sebahagian mereka akan kekal ke atas sebahagian tubuh tanpa roh.
Allah Taala berfirman: “Wahai Israfil! Tiup tanduk atau sangkakala tersebut dan hidupkan mereka dengan izinKu akan penghuni kubur. Sebahagian mereka adalah golongan yang gembira dan suka. Sebahagian dari mereka adalah golongan yang celaka dan derita.”
Malaikat Israfil as menjerit: “Wahai roh-roh yang telah hancur! Kembalilah kamu kepada tubuh-tubuh mu. Bangkitlah kamu untuk dikumpulkan di hadapan Tuhan semesta alam.”
Allah Taala berfirman:“Demi keagungan dan ketinggianKu! Aku kembalikan setiap roh pada tubuh-tubuhnya!”
Apabila roh-roh mendengar sumpah Allah Taala, roh-roh pun keluar untuk mencari jasad mereka. Maka, kembalilah roh pada jasadnya. Bumi pula terbongkar dan mengeluarkan jasad-jasad mereka. Apabila semuanya sedia, masing-masing melihat.
Nabi SAW duduk di padang pasir Baitul Maqdis, melihat makhluk-makhluk. Mereka berdiri seperti belalang yang berterbangan. 70 umat berdiri. Umat Nabi Muhammad SAW merupakan satu umat (kumpulan). Nabi SAW berhenti memperhatikan ke arah mereka. Mereka seperti gelombang lautan.
Jibril as menyeru: “Wahai sekalian makhluk, datanglah kamu semua ke tempat perhimpunan yang telah disediakan oleh Allah Taala.”
Umat-umat datang di dalam keadaan satu-satu kumpulan. Setiap kali Nabi Muhammad SAW berjumpa satu umat, baginda SAW akan bertanya: “Di mana umatku?”
Jibril as berkata: “Wahai Muhammad! Umatmu adalah umat yang terakhir.”
Apabila nabi Isa as datang, Jibril as menyeru: Tempatmu!” Maka nabi Isa as dan Jibril as menangis.
Nabi Muhammad SAW berkata: “Mengapa kamu berdua menangis.”
Jibril as berkata: “Bagaimana keadaan umatmu, Muhammad?”
Nabi Muhammad bertanya: “Di mana umatku?”
Jibril as berkata: “Mereka semua telah datang. Mereka berjalan lambat dan perlahan.”
Apabila mendengar cerita demikian, Nabi Muhammad SAW menangis lalu bertanya: “Wahai Jibril! Bagaimana keadaan umatku yang berbuat dosa?”
Jibril as berkata: “Lihatlah mereka wahai Muhammad SAW!”
Apabila Nabi Muhammad SAW melihat mereka, mereka gembira dan mengucapkan selawat kepada baginda SAW dengan apa yang telah Allah Taala muliakannya. Mereka gembira kerana dapat bertemu dengan baginda SAW. Baginda SAW juga gembira terhadap mereka. Nabi Muhammad SAW bertemu umatnya yang berdosa. Mereka menangis serta memikul beban di atas belakang mereka sambil menyeru: “Wahai Muhammad!”
Air mata mereka mengalir di pipi. Orang-orang zalim memikul kezaliman mereka. Nabi Muhammad SAW bersabda: “Wahai umatku.” Mereka berkumpul di sisinya. Umat-umatnya menangis.
Ketika mereka di dalam keadaan demikian, terdengar dari arah Allah Taala seruan yang menyeru: “Di mana Jibril?”Jibril as berkata: “Jibril di hadapan Allah, Tuhan semesta alam.”
Allah Taala berfirman di dalam keadaan Dia amat mengetahui sesuatu yang tersembunyi: “Di mana umat Muhammad SAW?”
Jibril as berkata: “Mereka adalah sebaik umat.”
Allah Taala berfirman: “Wahai Jibril! Katakanlah kepada kekasihKu Muhammad SAW bahawa umatnya akan datang untuk ditayangkan di hadapanKu.”
Jibril as kembali di dalam keadaan menangis lalu berkata: “Wahai Muhammad! Umatmu telah datang untuk ditayangkan kepada Allah Taala.”
Nabi Muhammad SAW berpaling ke arah umatnya lalu berkata: “Sesungguhnya kamu telah dipanggil untuk dihadapkan kepada Allah Taala.”
Orang-orang yang berdosa menangis kerana terkejut dan takut akan azab Allah Taala. Nabi Muhammad SAW memimpin mereka sebagaimana pengembala memimpin ternakannya menuju di hadapan Allah Taala. Allah Taala berfirman: “Wahai hambaKu! Dengarkanlah kamu baik-baik kepadaKu tuduhan apa-apa yang telah diperdengarkan bagi kamu dan kamu semua melakukan dosa!”
Hamba-hamba Allah Taala terdiam. Allah Taala berfirman: “Hari ini, Kami akan membalas setiap jiwa dengan apa yang telah mereka usahakan. Hari ini, Aku akan memuliakan sesiapa yang mentaatiKu. Dan, Aku akan mengazab sesiapa yang menderhaka terhadapKu. Wahai Jibril! Pergi ke arah Malik, penjaga neraka! Katakanlah kepadanya, bawakan Jahanam!”
Jibril pergi berjumpa Malik, penjaga neraka lalu berkata: “Wahai Malik! Allah Taala telah memerintahkanmu agar membawa Jahanam.”
Malik bertanya: “Apakah hari ini?”
Jibril menjawab: “Hari ini adalah hari kiamat. Hari yang telah ditetapkan untuk membalas setiap jiwa dengan apa yang telah mereka usahakan.”
Malik berkata: “Wahai Jibril! Adakah Allah Taala telah mengumpulkan makhluk?”
Jibril menjawab: “Ya!”
Malik bertanya: “Di mana Muhammad dan umatnya?”
Jibril berkata: “Di hadapan Allah Taala!”
Malik bertanya lagi: “Bagaimana mereka mampu menahan kesabaran terhadap kepanasan nyalaan Jahanam apabila mereka melintasinya sedangkan mereka semua adalah umat yang lemah?”
Jibril berkata: “Aku tidak tahu!”
Malik menjerit ke arah neraka dengan sekali jeritan yang menggerunkan. Neraka berdiri di atas tiang-tiangnya. Neraka mempunyai tiang-tiang yang keras, kuat dan panjang. Api dinyalakan sehingga tiada kekal mata seorang dari makhluk melainkan bercucuran air mata mereka (semuanya menangis).
Air mata sudah terhenti manakala air mata darah manusia mengambil alih. Kanak-kanak mula beruban rambut. Ibu-ibu yang memikul anaknya mencampakkan mereka. Manusia kelihatan mabuk padahal mereka sebenarnya tidak mabuk.
Rasulullah SAW Membela Umatnya
Di padang mahsyar orang yang mula-mula berusaha ialah nabi Ibrahim as. Baginda bergantung dengan asap Arsy yang naik lalu menyeru: “TuhanKu dan Penguasaku! Aku adalah khalilMu Ibrahim. Kasihanilah kedudukanku pada hari ini! Aku tidak meminta kejayaan Ishak dan anakku pada hari ini.”
Allah Taala berfirman: “Wahai Ibrahim! Adakah kamu melihat Kekasih mengazab kekasihnya.”
Nabi Musa as datang. Baginda bergantung dengan asap Arsy yang naik lalu menyeru: “KalamMu. Aku tidak meminta kepadaMu melainkan diriku. Aku tidak meminta saudaraku Harun. Selamatkanlah aku dari kacau bilau Jahanam!”
Isa as datang di dalam keadaan menangis. Baginda bergantung dengan Arsy lalu menyeru: “Tuhanku… Penguasaku.. Penciptaku! Isa roh Allah. Aku tidak meminta melainkan diriku. Selamatkanlah aku dari kacau bilau Jahanam!”
Suara jeritan dan tangisan semakin kuat. Nabi Muhammad SAW menyeru: “Tuhanku.. Penguasaku Penghuluku…. !Aku tidak meminta untuk diriku. Sesungguhnya aku meminta untuk umatku dariMu!”
Ketika itu juga, neraka Jahanam berseru: “Siapakah yang memberi syafaat kepada umatnya?”
Neraka pula berseru: “Wahai Tuhanku… Penguasaku dan Penghuluku! Selamatkanlah Muhammad dan umatnya dari seksaannya! Selamatkanlah mereka dari kepanasanku, bara apiku, penyeksaanku dan azabku! Sesungguhnya mereka adalah umat yang lemah. Mereka tidak akan sabar dengan penyeksaan.”
Malaikat Zabaniah menolaknya sehingga terdampar di kiri Arsy. Neraka sujud di hadapan Tuhannya.
Allah Taala berfirman: “Di mana matahari?” Maka, matahari dibawa mengadap Allah Taala. Ia berhenti di hadapan Allah Taala.
Allah Taala berfirman kepadanya: “Kamu! Kamu telah memerintahkan hambaKu untuk sujud kepada kamu?”
Matahari menjawab. “Tuhanku! Maha Suci diriMu! Bagaimana aku harus memerintahkan mereka berbuat demikian sedangkan aku adalah hamba yang halus?”
Allah Taala berfirman: “Aku percaya!”
Allah Taala telah menambahkan cahaya dan kepanasannya sebanyak 70 kali ganda. Ia telah dihampirkan dengan kepala makhluk.”
Ibnu Abbas r.h. berkata: “Peluh manusia bertiti dan sehingga mereka berenang di dalamnya. Otak-otak kepala mereka menggeleggak seperti periuk yang sedang panas. Perut mereka menjadi seperti jalan yang sempit.
Air mata mengalir seperti air mengalir. Suara ratap umat-umat manusia semakin kuat.
Nabi Muhammad SAW lebih-lebih lagi sedih. Air matanya telah hilang dan kering dari pipinya. Sekali, baginda SAW sujud di hadapan Arsy dan sekali lagi, baginda SAW rukuk untuk memberi syafaat bagi umatnya.
Para Nabi melihat keluh kesah dan tangisannya. Mereka berkata: “Maha Suci Allah! Hamba yang paling dimuliakan Allah Taala ini begitu mengambil berat, hal keadaan umatnya.
Daripada Thabit Al-Bani, daripada Usman Am Nahari berkata: “Pada suatu hari Nabi SAW menemui Fatimah Az-Zahara’ r.h. Baginda SAW dapati, dia sedang menangis.”
Baginda SAW bersabda: “Permata hatiku! Apa yang menyebabkan dirimu menangis?”
Fatimah menjawab: “Aku teringat akan firman Allah Taala.”
“Dan, kami akan mehimpunkan, maka Kami tidak akan mengkhianati walau seorang daripada mereka.”Lalu Nabi SAW pun menangis. Baginda SAW bersabda: “Wahai permata hatiku! Sesungguhnya, aku teringat akan hari yang terlalu dahsyat. Umatku telah dikumpulkan pada hari kiamat dikelilingi dengan perasaan dahaga dan telanjang. Mereka memikul dosa mereka di atas belakang mereka. Air mata mereka mengalir di pipi.”
Fatimah r.h. berkata: “Wahai bapaku! Apakah wanita tidak merasa malu terhadap lelaki?”
Baginda SAW menjawab: “Wahai Fatimah! Sesungguhnya, hari itu, setiap orang akan sibuk dengan untung nasib dirinya. Adapun aku telah mendengar Firman Allah Taala:” Bagi setiap orang dari mereka, di hari itu atau satu utusan yang melalaikan dia.
( Abasa: 37)
Fatimah ra. bertanya: “Di mana aku hendak mendapatkanmu di hari kiamat nanti, wahai bapaku?”
Baginda SAW menjawab: “Kamu akan menjumpaiku di sebuah telaga ketika aku sedang memberi minum umatku.”
Fatimah r.h. bertanya lagi: “Sekiranya aku dapati kamu tiada di telaga?”
Baginda SAW bersabda: “Kamu akan menjumpaiku di atas Sirat sambil dikelilingi para Nabi. Aku akan menyeru: “Tuhan Kesejahteraan! Tuhan Kesejahteraan! Para malaikat akan menyambut: “Aamiin.”
Ketika itu juga, terdengar seruan dari arah Allah Taala lalu berfirman: “Nescaya akan mengikuti kata-katanya pada apa yang kamu sembah.”
Setiap umat akan berkumpul dengan sesuatu yang mereka sembah. Ketika itu juga, neraka Jahanam melebarkan tengkuknya lalu menangkap mereka sebagaimana burung mematuk kacang.
Apabila seruan dari tengah Arsy kedengaran, maka manusia yang menyembahNya datang beriring. Sebahagian daripada orang yang berdiri di situ berkata: “Kami adalah umat Muhammad SAW!”
Allah Taala berfirman kepada mereka: “Mengapa kamu tidak mengikuti orang yang kamu sembah?”
Mereka berkata: “Kami tidak menyembah melainkan Tuhan Kami. Dan, kami tidak menyembah selainNya.”
Mereka ditanya lagi: “Kami mengenali Tuhan kamu?”
Mereka menjawab: “Maha Suci diriNya! Tiada yang kami kenali selainNya.”
Apabila ahli neraka dimasukkan ke dalamnya untuk diazab, umat Muhammad SAW mendengar bunyi pukulan dan jeritan penghuni neraka. Lalu malaikat Zabaniah mencela mereka. Mereka berkata: “Marilah kita pergi meminta syafaat kepada Muhammad SAW!”
Manusia berpecah kepada tiga kumpulan.1. Kumpulan orang tua yang menjerit-jerit.2. Kumpulan pemuda.3. Wanita yang bersendirian mengelilingi mimbar-mimbar.
Mimbar para Nabi didirikan di atas kawasan lapang ketika kiamat. Mereka semua berminat terhadap mimbar Nabi Muhammad SAW. Mimbar Nabi Muhammad SAW terletak berhampiran dengan tempat berlaku kiamat. Ia juga merupakan mimbar yang paling baik, besar dan cantik. Nabi adam as dan isterinya Hawa berada di bawah mimbar Nabi SAW.
Hawa melihat ke arah mereka lalu berkata: “Wahai Adam! Ramai dari zuriatmu dari umat Muhammad SAW serta cantik wajah mereka. Mereka menyeru: “Di mana Muhammad?”
Mereka berkata: “Kami adalah umat Muhammad SAW. Semua umat telah mengiringi apa yang mereka sembah. Hanya tinggal kami sahaja. Matahari di atas kepala kami. Ia telah membakar kami. Neraka pula, cahaya juga telah membakar kami. Timbangan semakin berat. Oleh itu tolonglah kami agar memohon kepada Allah Taala untuk menghisab kami dengan segera! Sama ada kami akan pergi ke syurga atau neraka.”
Nabi Adam as berkata: “Pergilah kamu dariku! Sesungguhnya aku sibuk dengan dosa-dosaku. Aku mendengar firman Allah Taala: Dan dosa Adam terhadap Tuhannya kerana lalai. Mereka pergi berjumpa nabi Nuh as yang telah berumur, umur yang panjang dan sangat sabar. Mereka menghampirinya. Apabila nabi Nuh as melihat mereka, dia berdiri.
Pengikut (umat Nabi Muhammad SAW) berkata: “Wahai datuk kami, Nuh! Tolonglah kami terhadap Tuhan kami agar Dia dapat memisahkan di antara kami dan mengutuskan kami dari ahli syurga ke syurga dan ahli neraka ke neraka.”Nabi Nuh as berkata: “Sesungguhnya, aku sibuk dengan kesalahanku. Aku pernah mendoakan agar kaumku dimusnahkan. Aku malu dengan Tuhanku. Pergilah kamu berjumpa Ibrahim kekasih Allah Taala! Mintalah kepadanya agar menolong kamu!”
Nabi Ibrahim as berkata: “Sesungguhnya aku pernah berbohong di dalam usiaku sebanyak tiga pembohongan di dalam Islam. Aku takut dengan Tuhanku. Pergilah kamu berjumpa Musa as! Mintalah pertolongan darinya!”
Nabi Musa as berkata: “Aku sibuk dengan kesalahanku. Aku pernah membunuh seorang jiwa tanpa hak. Aku membunuhnya bukan dari kemahuanku sendiri. Aku dapati dia melampaui batas terhadap seorang lelaki Islam. Aku ingin memukulnya. Aku terperanjat kerana menyakitinya lalu menumbuk lelaki tersebut. Ia jatuh lalu mati. Aku takut terhadap tuntutan dosaku. Pergilah kamu berjumpa Isa as!”
Mereka pergi berjumpa nabi Isa a.s. Nabi Isa a.s. berkata: “Sesungguhnya Allah Taala telah melaknat orang-orang Kristian. Mereka telah mengambil aku, ibuku sebagai dua Tuhan selain Allah Taala. Hari ini, aku malu untuk bertanya kepadaNya mengenai ibuku Mariam.”
Mariam, Asiah, Khadijah dan Fatimah Az-Zahra’ sedang duduk. Ketika Mariam melihat umat Nabi Muhammad SAW dia berkata: “Ini umat Nabi Muhammad SAW. Mereka telah sesat dari Nabi mereka.”
Suara Mariam, telah didengari oleh Nabi Muhammad SAW Nabi Adam a.s. berkata kepada nabi Muhammad SAW. “Ini umatmu, wahai Muhammad! Mereka berkeliling mencarimu untuk meminta syafaat kepada Allah Taala.”
Nabi Muhammad SAW menjerit dari atas mimbar lalu bersabda: “Marilah kepadaku, wahai umatku! Wahai sesiapa yang beriman dan tidak melihatku. Aku tidak pernah lari dari kamu melainkan aku sentiasa memohon kepada Allah Taala untukmu!”
Umat Nabi Muhammad SAW berkumpul di sisinya.
Terdengar suara seruan: “Wahai Adam! Ke marilah kepada Tuhanmu!” Nabi Adam as berkata: “Wahai Muhammad! Tuhanku telah memanggilku. Moga-moga Dia akan meminta kepadaku.”
Nabi Adam as pergi menemui Allah Taala. Allah Taala berfirman kepadanya: “Wahai Adam! Bangunlah dan hantarkan anak-anakmu ke neraka!”
Nabi Adam as bertanya: “Berapa ramai untukku kirimkan?”
Allah Taala berfirman: Setiap seribu lelaki kamu hantarkan seorang ke syurga, 999 orang ke neraka.”
Allah Taala berfirman lagi:“Wahai Adam! Sekiranya Aku tidak melaknat orang yang berdusta dan Aku haramkan pembohongan, nescaya Aku akan mengasihi anakmu keseluruhannya. Akan, tetapi, Aku telah janjikan syurga bagi orang yang mentaatiKu Neraka pula bagi orang yang menderhakaiKu Aku tidak akan memungkiri janji Wahai Adam! Berhentilah di sisi Mizan (timbangan). Sesiapa yang mempunyai berat pada kebaikannya daripada dosanya walaupun seberat biji sawi, bawalah dia untuk memasuki syurga tanpa perlu berunding denganKu! Sesungguhnya Aku telah menjadikan bagi mereka, satu kejahatan dengan satu dosa. Manakala satu kebaikan dengan sepuluh pahala agar memberitahu mereka bahawa, sesungguhnya Aku tidak akan memasukkan mereka ke dalam neraka melainkan setiap yang kembali akan dikembalikan dengan dosa bagi orang yang melampaui batas.”
Nabi Adam as berkata: “Tuhanku! Penguasaku! Engkau lebih utama bagi menghisab berbanding aku. Hamba itu adalah hambaMu dan Engkau Maha Mengetahui sesuatu yang ghaib!”
Umat Muhammad SAW Diseru Meniti Sirat
Allah Taala menyeru: “Wahai Muhammad! Bawalah umatmu untuk dihisab dan lintaskan mereka di atas Sirat yang dilebarkan. Panjangnya sejauh 500 tahun perjalanan.”
Malaikat Malik berdiri di pintunya (neraka). Dia menyeru: “Wahai Muhammad! Sesiapa yang datang dari umatmu dan bersamanya ada perlepasan dari Allah Taala, maka dia akan terselamat. Sekiranya sebaliknya maka, dia akan terjatuh di dalam neraka. Wahai Muhammad! Katakan kepada orang yang diringankan agar berlari! Katakan kepada orang yang diberatkan agar berjalan!”
Nabi Muhammad SAW bersabda kepada malaikat Malik: “Wahai Malik! Dengan kebenaran Allah Taala ke atasmu, palingkanlah wajahmu dari umatku sehingga mereka dapat melepasi! Jika tidak, hati mereka akan gementar apabila melihatmu.”
Malaikat Malik memalingkan mukanya dari umat Nabi Muhammad SAW. Umat Nabi Muhammad SAW telah di pecahkan kepada sepuluh kumpulan. Nabi Muhammad SAW mendahului mereka lalu bersabda kepada umatnya: “Ikutlah aku wahai umatku di atas Sirat ini!”
Kumpulan pertama berjaya melintasi seperti kilat yang memancar. Kumpulan kedua melintasi seperti angin yang kencang. Kumpulan ketiga melintasi seperti kuda yang baik. Kumpulan yang keempat seperti burung yang pantas. Kumpulan yang kelima berlari. Kumpulan keenam berjalan. Kumpulan ketujuh berdiri dan duduk kerana mereka dahaga dan penat. Dosa-dosa terpikul di atas belakang mereka.
Nabi Muhammad SAW berhenti di atas Sirat. Setiap kali, baginda SAW melihat seorang dari umatnya bergayut di atas Sirat, baginda SAW akan menarik tangannya dan membangunkan dia kembali. Kumpulan kelapan menarik muka-muka mereka dengan rantai kerana terlalu banyak kesalahan dan dosa mereka. Bagi yang buruk, mereka akan menyeru: “Wahai Muhammad SAW!”
Nabi Muhammad SAW berkata: “Tuhan! Selamatkan mereka! Tuhan! Selamatkan mereka!
Kumpulan ke sembilan dan ke sepuluh tertinggal di atas Sirat. Mereka tidak diizinkan untuk menyeberang. Dikatakan bahawa, di pintu syurga, ada pokok yang mempunyai banyak dahan. Bilangan dahannya tidak terkira melainkan Allah Taala sahaja yang mengetahui. Di atasnya ada kanak-kanak yang telah mati semasa di dunia ketika umur mereka dua bulan, kurang dan lebih sebelum mereka baligh. Apabila mereka melihat ibu dan bapa mereka, mereka menyambutnya dan mengiringi mereka memasuki syurga. Mereka memberikan gelas-gelas dan cerek serta tuala dari sutera. Mereka memberi ibu dan bapa mereka minum kerana kehausan kiamat. Mereka memasuki syurga bersama-sama.
Hanya tinggal, kanak-kanak yang belum melihat ibu dan bapa mereka. Suara tangisan mereka semakin nyaring.Mereka berkata: “Aku mengharamkan syurga bagi diriku sehingga aku melihat bapa dan ibuku.”
Kanak-kanak yang belum melihat ibu dan bapa mereka telah berkumpul. Mereka berkata: “Kami masih di dalam keadaan yatim di sini dan di dunia.”
Malaikat berkata kepada mereka: “Bapa-bapa dan ibu-ibu kamu terlalu berat dosa mereka. Mereka tidak diterima oleh syurga akibat dosa mereka.”
Mereka terus menangis malah lebih kuat dari sebelumnya lalu berkata: “Kami akan duduk di pintu syurga moga-moga Allah Taala mengampuninya dan menyatukan kami dengan mereka.”
Demikianlah! Orang yang melakukan dosa besar akan dikurung di tempat pembalasan yang pertama oleh mereka iaitu Sirat. Ia dipanggil “Tempat Teropong.” Kaki-kaki mereka akan tergantung di Sirat.
Nabi Muhammad SAW melintasi Sirat bersama orang-orang yang soleh di kalangan yang terdahulu dan orang yang taat selepasnya. Di hadapannya, ada bendera-bendera yang berkibaran. Bendera Kepujian berada di atas kepalanya.
Apabila bendera baginda menghampiri pintu syurga, kanak-kanak akan meninggikan tangisan mereka. Rasulullah SAW bersabda:“Apa yang berlaku pada kanak-kanak ini?” Malaikat menjawab: “Mereka menangis kerana berpisah dengan bapa dan ibu mereka. “Nabi SAW bersabda: “Aku akan menyelidiki khabar mereka dan aku akan memberi syafaat kepada mereka, Insya Allah.”
Nabi Muhammad SAW memasuki syurga bersama umatnya yang berada di belakang. Setiap kaum akan kekal didalam rumah-rumah mereka. Kita memohon kepada Allah Taala agar memasukkan kita di dalam keutamaan ini dan menjadikan kita sebahagian daripada mereka.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails