Hadis Abu Qatadah r.a katanya: Aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Mimpi itu ada yang datangnya dari Allah dan ada pula yang datangnya dari syaitan. Maka apabila salah seorang di antara kamu bermimpi yang tidak menyenangkan, maka hendaklah beliau meludah ke sebelah kirinya sebanyak tiga kali, kemudian dia memohon perlindungan daripada Allah dari kejahatannya. Mimpi itu tidak akan membahayakannya.
Hadis Abu Hurairah r.a: Dari Nabi s.a.w. Baginda bersabda: Apabila Kiamat semakin dekat, mimpi seorang muslim hampir tidak dusta. Mimpi salah seorang di antara kamu yang paling dekat dengan kebenaran adalah mimpi orang yang paling jujur dalam berbicara. Mimpi seorang muslim adalah satu daripada empat puluh lima bahagian kenabian. Mimpi itu sendiri terbahagi kepada tiga aspek iaitu: Mimpi baik, adalah khabar gembira yang datang dari Allah. Mimpi sedih, adalah mimpi yang datang dari syaitan. Kemudian mimpi yang datang dari bisikan diri sendiri, iaitu jika salah seorang di antara kamu bermimpi yang tidak menyenangkan, maka hendaklah beliau bangun dari tidur lalu mendirikan sembahyang dan dikehendaki jangan beliau ceritakan mimpi tersebut kepada manusia. Baginda bersabda lagi: Aku sangat menyukai seutas tali dan tidak menyukai sebuah belenggu. Tali adalah lambang keteguhan dalam beragama. Akan tetapi aku tidak tahu apakah yang terakhir ini adalah termasuk Hadis atau sekadar ucapan Ibnu Sirin sahaja.
Hadis Anas bin Malik r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Mimpi seorang mukmin adalah salah satu daripada empat puluh enam bahagian kenabian.
Hadis Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Sesiapa yang pernah melihat aku dalam mimpinya, bererti dia benar-benar melihatku. Sesungguhnya syaitan tidak boleh menjelma dengan rupaku.
Hadis Abu Qatadah r.a katanya: Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Sesiapa yang pernah melihat aku dalam mimpinya maka dia benar-benar melihat sesuatu yang benar.
"Percayalah...sesiapa yang memperjuangkan Islam, dia tidak akan susah. Mungkin tidak kaya tetapi tidak ada yang susah atau tidak makan...Saya sendiri tidak pernah rasa gaji besar tetapi kehidupan saya tidak susah dan alhamdulillah makin bertambah baik.Bagi pejuang Islam, apa jua cabaran dan dugaan akhirnya Allah akan tolong juga dan bantu kita untuk teruskan kehidupan...," : Al Marhum Ustaz Hassan Shukri dalam kenangan
Wednesday, February 25, 2009
ADA APA DENGAN MIMPI??
Friday, February 20, 2009
tips berurusan dengan lelaki ajnabi...
CINTA DAH JATUH...!!!
cinta ni memang nikmat..nikmat sangat. tapi saya x bely la nk explain sejauh mana kenikmatan 2 sebab saya pun x pernah bercinta. Alhamdulillah setakat ni Allah Taala masih menjaga perasaan cinta dalam hati ini walaupun hati ini sering meronta-ronta minta diisi. "Ya Allah Engkau peliharalah rasa cinta dalam hati ini.Sesungguhnya kasih sayang dan perasaan cinta, kasih dan rindu ini hanya ku simpan untuk dia sahaja. Aku sanggup berkorban Allah asalkan rasa kasih yang aku pelihara untuk bakal mujahidku ini terpelihara dan tersusun kemas dalam sanubariku…Amin"
YA ALLAH ENGKAU CINTA AGUNGKU...
setiap orang mesti ada pengalaman cinta ni. saya pun ada la gak tapi x da la sampai bercinta betul2. biasala manusia ni terutama dalam perjalanan mengharungi keremajaan ni, saya pun pernah jugak tersuka kat orang tapi yang tensionnya asyik saya je yang bertepuk sebelah tangan...(waaaa ...sedey!!!). tapi x pa la mungkin Allah x nak bagi lagi nikmat cinta itu kat sy. mungkin lepas dah dapat, hati ini akan jadi lalai mengingatiNYA. sekarang ni apakata kalu kita sume pakat2 berlumba berebut cinta Allah. Allah dah conform cinta kat kita. tapi sejauh mana kita cinta kat Dia. situasi ni lebih kurang camni la, contohnya kita suka kat seseorang. pastu kita dpt tahu orang 2 jugak suka kat kita. mungkin lepas 2 kita akan berusaha untuk membalas cinta dia. samala dengan konteks cinta Allah ni, sejauh mana cinta Allah itu dibalas??... nikmat percintaan dengan Allah yang paling bernilai ialah kekusyukan dalam solat. Ya Allah, sesungguhnya hanya Engkau la yang mengetahui akan kehebatan nikmat kusyuk itu...andai bumi ini diberi percuma kepadaku, akan ku tolak kerana nilai kusyuk itu lebih tinggi nilainya. SUBHANALLAH, ALLAHUAKBAR...Allah, berikan aku peluang untuk terus bercinta denganmu. Aku hanya mahukanMU Tuhan untuk berada dalam limpahan kasih sayangMu. Saya teringat kata -kata seorang pensyarah yang membicarakan tentang cinta. bicara tersebut berbunyi, "kamu jangan obses sangat apabila berbicara tentang cinta". sahabat faham x apa maksud 2?. camni, kita semua kan tahu yang nikmat kasih dan cinta itu juga merupakan ujian kepada hambanya dan ia terpulang kepada hambanya untuk mengharungi tersebut. tetapi ada juga sahabat2 kita yang tewas dalam medan percintaan ini sehingga mengundang kepada kekecewaan dan sesalan yang tidak berkesudahan. bagi sahabat2 yang masih terlepas dari 'ujian' tersebut, jangan berasa diri anda berada dalam keadaan selesa. kita ni, apabila tengok sahabat kita yang telah 'tewas' 2, janganlah dok mengata+hina+kutuk diaorang. manala tau kan, bila Allah nk bagi ujian 2 kat kita, nanti kita pula yang over drpd diaorang. apa salahnya kalu kita dekati n bergaul dgn diaorang. 2 pun salah satu pendekatan dakwah gak....kan,kan,kan???
SEDAR DIRI SIKIT...!!!
bagi sahabat yang merasa diri mereka masih 'berseorangan', jangan merasa tersisih. kita kena ingat, Allah buat kita ats dunia ni berpasang-pasangan. insyaalllah jodoh akan tiba juga cuma lambat atau cepat je. memang la sume orang nk kawin tapi kita kena tengok samada kita dah bersedia atau belum. kalu diri sendiri pun x bley nk jaga, camna nk jaga masjid yang dibina. silap2 ari bulan tangga yang runtuh dulu. jom kita pakat rancang masa depan dan apa salahnya kalu kita berbakti dulu kt mak ayah. tapi kalu dah x bley tahan, 2 dah sampai tahap wajib kawin. skrg ni, marilah kita berusaha untuk mencari cinta Allah dulu. lengkapkan diri dengan pengetahuan Agama yang secukupnya agar ia mampu menjadi benteng kepada realiti kehidupan yang sebenar.tepuk dada, tanya iman/jangan tanya nafsu sebab nafsu akan jawab 'YES' je. jadikan kisah cinta kita lain daripada orang lain...
"wahai wanita solehah, jangan risau akan jodohmu kerana muslimin yang bijaksana itu tdk akan terpaut pada wanita hanya kerana kecantikan, lirikan senyuman, pada bicara manja yang menggoda dan pada pujuk rayu seorang wanita yang meruntuhkan imannya. sesungguhnya lelaki itu adalah pemimpin kepada wanita . andai belum sampai jodohmu, anggaplah bahawa adam yang kau natikan itu sedang membina sahsiah kepimpinannya bagi memimpin dirimu. kerana pada wanita itu pasti ada kekurangan dan adam yang benar2 layak pasti akan hadir untuk melengkapkanmu"
Wednesday, February 4, 2009
dia bertanya...
mmm, sahabt2 sekalian..anda tentu pernah mengalami situasi camni. mmm, lumrah bdk2 suka bertanya. kadang2 benda x masuk akal pun dia tanya. saya pun sama jgk masa kecik2 dl, selalu tanya kt ayah psl mati, malaikat. bkn ape, kita mesti keliru kan. masa kecik2 dl selalu fikir, betul ke ALLAH 2 ada. x nampak pun. maklumlah, kita dah lahir2 terus Islam.mesti naluri hati nak mencari suatu yg benar. teringat masa kecik2 dl, sy sering memkirkan psl kehidupan ni. kenapa aku lahir kat dunia ni. lps 2 mati. mati 2 bukannya senang. SAKIT!!!naluri hati selalu bertanya, kenpa aku dihidupkan ats muka bumi ni, kemudian kena merasai kesakitan mati..waktu tido malam la yg paling takut sekali. dok baring2 ats katil, mesti terfikir psl mati. Ya Allah, aku akan mati satu hari nanti. aku akan merasa sakitnya mati. ibarat duri ditarik keluar dari perut. kadang2 sampai menggigil2 dan menangis berseorangan. terasa ketakutan dan kesakitan yg akan dirasai nanti..kadang2 timbul kekeliruan dlm pencarian Agama Allah ni. biasala Iblis laknatullah, kalu emosi tak keruan camni, mudahla Iblis laknatullah menguasai diri sekaligus merosakkan aqidah kita..tapi, alhamdulillah..Allah kurniakan kita dengan akal fikiran yg membolehkan kita berfikir tentang kejadian yg berlaku di alam ini..setiap yg berlaku walaupun setitik air yg menitis pun mesti ada sebab dan penyebabnya...