Wednesday, November 2, 2011

Al-Imam Hassan Al-Banna

"Sesungguhnya aku amat merindui seorang pemuda/i yang tidak tidur lena kerana memikirkan masalah ummah."


~Al-Imam Hassan Al-Banna~

Saturday, October 1, 2011

DIRI KITA, KITA JEK YANG TAHU,,,

Subhanallah...dah lama sungguh x update blog ni. berbulan-bulan jgk la. bersalah rasanya...iyela, buat blog jek pandai tapi x berfungsi...huhuk, kena muhasabah diri balik ni...selalu camni, buat benda x da matlamat...tp time ni tgh free skit la, praktikum dah habis (ada satu sesi lg nx sem), esemen plak dah setel then skang ni tgh menunggu-nunggu tok exam...alamak, x suka btol exam...sbb apa? sbb sy akan penat. pnt baca buku...huhu.badan plak kurang stamina skang.x leh letih2 skt..al maklumla, bertambah semester, bertambahla lemak-lemak yang diternak...lebih2 lagi skang ni dok umah sewa so kejanya asik masak je la...bila lg kan nk try resepi yg pelik2...hehe

jadi, apa ye yang nak dicoretkan pada ruangan kali ni...saya mengintai sekejap tajuk coretan saya pada kali ni...style sy camni, sy suka tulis tajuk dulu then baru la mula nk tulis content...huhuk, sedangkan kadang2 x tau pun apa yg akan ditulis...pelik btol kan...ok la, sy nk ajak pembaca sume try tengok d sekeliling kt sekejap...ala, x yah tgk jauh la.tgk jek diri kt...huhu..jap2, cuba tgk DALAM diri kt sekejap...ok2, amik masa seminit 2...cuba berkenal-kenalan jap ngn diri kita...cuba tanya dia, siapa kamu? kamu ni jenis yg camne? bertenang ke, kelam kabut ke, pemarah ke, romantik ke...cer tanya dia elok2 yek...ok. seminit, 2 minit...okeh.dah ckp ms...stop!. ha, dah tanya dah diri masing2 soklan 2? jadi skang ni cuba pikir sejenak apa jawapan yg kamu dpt.

ok la...x yah la berteka teki..skang kt bincang sama2. sebenarnya, diri kita yg Allah buat ni sgt unik. sy sgt suka analisis perangai manusia yang berbagai-bagai...kadang sy hairan, camna ada orang 2 bley jadi bertenang giler, ada plak org 2 sangat kelam kabut hidup dia...asik terkocoh-kocoh jek n rasa cam nk sekeh-sekeh...ada plak jenis org yg cool giler. kalu terlambat p kelas pun, dia still bley ion baju dengan penuh ketenangan dan kelembutan. mcm x risau langsung (cm kena diri sedirik jek..hehe).

baru-baru ni, sorang kwan sy ni pernah meluahkan perasaan kpd sy. katanya, Allah 2 x adil...kalu Allah 2 adil, knp DIA ujia dia dgn ujian yg berat? knp kehdupan dia x sama cam org lain? knp hidup org lain tenang...ada keluarga yg tenang, yg islamik. sedangkan dia tdak? knp ada org bley jd baik, solehah dgn senang je sdgkan dia kn mencari dgn susah utk jd mcm org yg islamik 2....huh jenuh juga la sy berdebat ngn dia, yakinkan Dia bahawa Allah itu Maha Adil n apa yg Dia buat 2 ada hikmah...nk masuk syurga bukannya senang kan. byk ujian yg perlu ditempuhi dan kadang2 benda yg terjadi kt kita membuatkan kt akan terpkir kdg2, Allah ni adil ke? berat sangat ujian ni, tp Allah bagi juga ujian ni kat aku. kan Allah akan menguji hambanya berdasarkan kemampuan hambanya... x benarkah frman Allah itu...ok, back 2 de topic, kawan saya td asik berterus-terusan salahkan Allah sehingga segala nasihat sy langsung dia buat dont know jek...memang rs nk sekeh kepala die.last2, sy biarkan dia sembur kemarahan dia, biarkan dia membebel sorang2...lastly, sy katakan kt dia , BERSANGKA BAIKLAH KEPADA ALLAH, ALLAH ITU ADALAH PADA SANGKAAN HAMBANYA...kalu hambanya asik bersangka buruk jek kt Allah, maka buruk la yg dia dapat. pagi2 esok nye, sy terima mesej maaf drp dia n dia mengakui kesilapan dia. tgh emosi katanya...dan skrg sy nmpk dia dah semakin bertenang...sikap dia pun lebih baik dr dl...

humm, 2 la...nk kata kt sini, Allah itu Maha Adil...ada hikmah la Dia buat perangai manusia ni berbeza-beza...cthnya, kalu yg jenis garang 2, mungkin org yg lembut ni bley coolkan dia...n kalu yg jenis lembut sgt ni, dia bulih amik iktibar dr org yg berpewatakan tegas bahawa x leh lembut n slow sgt ni, nt kena buli n asik ketinggalan jek...lg 1, dlm satu komuniti, x elok kan kalu ada org perangai sama je kan...cthnya, kalu sume org dlm satu komuniti 2 jenis yg garang, hot temper, mmg terbakar la environmnt kt c2...sbb 2 la fungsi ragam2 manusia yg pelbagai ni utk saling melengkapi antra satu sama lain...jadi sama2 lah kta berlapang dada dan bersangka baik kepada Allah...yg palng pentng, bila tau diri tidak disukai, cepat2 muhasabah dr...takut ada sikap2 kt yg menyebabkn dr dibenci...



Monday, July 25, 2011

DUHAI HATI

Resah bertandang lagi

Aduh ! mengapa kerap kali ia datang menghampiri

Puas hati berteriak…lalu dikatakan padanya “ nyah kau dari sini !”

Tapi, mengapa ? susah benar ia menyingsing pergi

Gelora perasaan ini…semakin dalam lukanya

Namun tidak mampu dikhabarkan kepada sesiapa

Lantas, sejadah hijau itu kubentangkan

Dalam sujud penuh pengharapan

ku biarkan titis mutiara jernih itu menjadi teman

Esak tangis dalam sendu, ku luahkan kegusaran pada-Nya

Sampai bila harus begini…

Ya Latif, Ya Latif, Ya Latif…

Lunyaikanlah hatiku ini dengan pujukan-Mu

Yakinkanlah aku dengan ketentuan-Mu

Lalu kukatakan pada kalbu…

Mengapa harus menjadi penyiksa?

Kenapa tidak dibiarkan Iman menjadi pemilih?

Tuntas dibiarkan nafsu menjadi raja

Oh, duhai hati…acap kali ia mengeluh

Mungkinkah ada cerita cinta di dalamnya

Atau jua cerita duka

Lalu ku simpulkan cinta, ku ikat duka menjadi satu

Lantas terus merintih belas dari Yang Esa

Biarkan hanya satu bertakhta di hati

Hanya satu nama mengalir di urat jasad

Demi sebuah barakah yang sejati

Sunday, March 27, 2011

Duka Bergambar Negara Sakura

(((dipetik dari blog http://amadanaksoleh.blogspot.com...



"Ayuh, cuba buka televisi, katanya ada tsunami di Jepang,"kongsi seorang teman.

Ketika itu, saya bersama beberapa teman bertugas di department Forensik, sudah seminggu. Bermacam pengalaman menguruskan jenazah untuk bedah siasat telah kami hadapi. Namun bila menyebut gempa dan tsunami, serta-merta bulu roma saya berdiri. Merinding.

Kebetulan, ketika itu jenazah tiada, keadaan yang awalnya riuh dengan gelak tawa bermain UNO, kad daun terup, menonton cerita atau bersembang sesama sendiri diam terpaku melihat ke kotak kaca hitam besar dihadapan.

Ombak menerjang deras.

Jika di Acheh tsunami beradius 1o km, di Jepun adalah 25 km.

Datang menyapu semua

8.9 skala richter

Mengangkat rumah ke laut

Mengangkat gergasi ke darat yang seberat 4724 tan

Menerbalikkan seperti barang mainan

Ombak mengunung 10 meter,
Rumah disapu terjangan air,
Kapal raksasa diangkat menjulang,
Rumah terbakar api.

Ingatan saya segera teringkat kepada gempa dan tsunami Acheh yang memakan ribuan korban dan duka mendalam. Walaupun di Acheh gempa berskala 9.3 richter, pusat gempa jauh dari negeri serambi Mekah itu hingga mempunyai 30 minit untuk bersiap melarikan diri. Di Jepun kali ini, jarak antara gempa dan tsunami diperkirakan hanya jeda 10 minit dengan kekuatan gempa 8.9 richter.

Bumi merekah

Pasaraya mengehadkan kepada pembeli sebanyak lima produk untuk setiap seorang.

Diselamatkan tentera

Diselamatkan dengan mengunakan helikopter

Mangsa menceritakan kepada pasukan penyelamat tentang kejadian tersebut

Mencari dan mencari

Mencari sanak saudara dengan berdasarkan nama yang terpampang dipusat perlindungan

S.O.S

Memberi penghormatan kepada jenazah mangsa gempa dan tsunami

Gempa 'Tsunami' di Malaysia

Berita cepat disebarkan dengan satu 'click'. Itulah kekuatan laman sosial seperti Facebook dan Twitter bahkan percuma. Pagi itu bukan pagi biasa, saya terasa amat malu untuk mengaku diri sebagai seorang rakyat Malaysia walaupun amat cinta pada negara sendiri.

"Malu sebagai rakyat Malaysia, dengan laporan Kosmo," update status teman di Facebook.

Saya terus mencari apa kejadian sebenarnya di Kosmo itu. Jujur saya katakan, usahkan berita berbentuk kertas bercetak, berita dalam alam maya pun tidak saya baca. Saya menolak keseluruhan berita media Malaysia. Minda dan kesabaran saya tidak teruji dengan tidak membaca berita yang disampaikan oleh media prima negara.


"Ratu porno terselamat dalam gempa bumi," tertulis tajuk berita di Kosmo.

Serta merta darah saya menyirap. Dalam banyak tokoh penting di Jepun, tokoh ini menjadi tajuk berita Kosmo. Memalukan!

Tidak berhenti disitu. Kehampaan saya meningkat dengan kartun 'gurauan' bodoh dari kartunis Malaysia dan disiarkan oleh akhbar utama di Malaysia. Ultraman berlari cemas dikejar tsunami? Lawak? Ketawa? atau satu titik kebodohan sendiri?


Andai kita ketawa, ketawalah kerana ketawa itu untuk diri sendiri. Membuktikan kepada dunia bahawa bangsa kita, bangsa Malaysia miskin nilai dan akhlak. Disaat mereka berduka, kita mengambil duka mereka sebagai bahan ketawa kita. Belum kena pada diri sendiri. Nauzubillah...

Dan kartun yang mengaibkan bagi seluruh rakyat Malaysia ini dilaporkan oleh CNN. Sekarang dunia tahu bahawa media Malaysia adalah media yang tiada akhlak dan integriti.

Cukup dengan kehampaan itu? Nanti, belum cukup.

"Jepun harus cepat memulihkan negara mereka, bagi mengelakkan ekonomi Malaysia jatuh," nasihat seorang pimpinan. Satu demi satu kemalangan sikap bangsa ini yang mencapai titik tertinggi.

Ditambahkan lagi dengan komen oleh isteri soleh pemimpin negara.

"Gempa dan tsunami di Jepun kerana negara mereka gagal menerapkangreen-tech dalam membangunkan negara," komen lagak seperti pakar alam sekitar. Tanpa dia tahu, di Jepun sudah mengunakan ikan sebagai indikator pencemaran alam yang diletakkan didalam longkang. Cuba letak ikan didalam longkang Malaysia? Cuba letak orang yang bercakap green-tech.....

Orang lain menerima malang, itu bala Ilahi,
Diri sendiri menerima malang, itu ujian Ilahi.

Saya masih bersabar dengan sikap ini!

Duka Belum Berakhir

Gempa dan tsunami bukan petanda berakhirnya ujian untuk setakat ini. Mereka berhadapan dengan ujian yang baru bahkan lebih merbahaya dari itu. Loji nuklear di Fukushima meledak dengan amaran bahaya radiasi seperti kejadian di Chernobyl
Loji nuklear Fukushima yang meledak

Memeriksa kesan radiasi nuklear dari penduduk sekitar loji yang dipindahkan.

Mengesan radiasi

Termasuk di haiwan

Persediaan manusia dari segi teknologi dan sosial masih belum mampu melawan ketentuan Ilahi. Perhitungan manusia rebah dengan ketentuan alam. Tiga dari empat logi meledak, menjadi kebimbangan bagi bangsa Jepun bahkan kegusaran masyarakat dunia.

Namun "Malaysia tetap akan mewujudkan loji nuklear,"kata Timbalan Menteri Malaysia. Mematikan kata dan rasa. Bimbang.

Bimbang saya sebagai rakyat bawahan bukan kebimbangan yang tanpa asas. Tidak menafikan kebaikan nuklear dan sisi keburukannya. Itu masih mampu dibuka kepada pakar untuk membahaskan dengan rakyat bawahan menilai diantara mahu atau tidak. Ia persoalan integriti dan ketelusan.

Buat stadium, stadium runtuh.
Buat airport, airport runtuh.
Buat atap parlimen, atap runtuh.
Buat makmal komputer, makmal runtuh.
Buat hentian bas, hentian runtuh.

Jangan buat loji nuklear, loji.... jangan dan jangan.

Ibrah Dari Bumi Sakura

Setiap yang berlaku, tetap ada hikmahnya. Itulah ungkapan syariatullah dan teruji benar dimedan sunnahtullah bagi yang mahu mengambilnya.

Seorang lelaki tua keluar dari rumah kediaman yang rosak terjang tsunami bila ditanya bagaimana dengan kemusnahan yang ada. Dengan tenang dan tersenyum beliau mengungkap "Ayuh kita bina semula."

Menjadi titik muhasabah diri buat saya. Mereka 'muslim' sebelum muslim. Lantas apa yang mahu kita tawarkan kepada mereka sebagai muslim yang 'dimuslimkan' oleh mak ayah. Cermin sendiri, saya malu sendiri.

Jepun menjelmakan ultraman didalam diri mereka dengan menjadi Ultra Man. Manusia hebat!

Salam takziah dari saya buat Jepun.

Pray for Japa

Friday, February 18, 2011

PAKAIAN ISLAM memang TERBAEK!!!

sesungguhnya segala ketetapan Allah jualah yang terbaik...

pabila mata menatap fenomena bertudung masyarakat masa kini, hati ini terdetik, adakah mereka tidak tahu ttg cr bertudung sepertimana yang disyariatkan dlm Al-Quran...atau pura2 tidak tahu. kdg2 org takut bila bercakap ttg pakaian islam. org selalu pikir pakaian islam adalah pakai tudung labuh sampai lutut. adoi, susah utk fahamkan org bahawa islam itu mudah...x semestinya kn pakai tudung labuh. pakai tudung bidang 45 pom x da masalah dgn syarat tudung tersebut dipakai menutupi dada n tdk jarang...kalu x dpt cr yg jenis kain tebal, beli saja inner. sgt mudah kn? tp bagi yang mempunyai badan yg agak 'sihat' , sy suggest pakai la tudung yg besar sikit utk menutupi bahu anda sekali...mslh org skrg bila tdg yg bidang kecik smkn dikecikkan pula cara pemakaiannya. maka keluarla pelbagai jenis fesyen pemakaian tudung...fesyen langsir la, cadar la ..(err,,fsyen cadar?)

ok la...sy nk share pglmn sy sikit yg terjadi sms dlm perjalanan pulang dr kelantan baru2 ini. lebih kurg waktu tghr, bas yg sy naik berhenti di sebuah tmpt rehat utk solat dan makan...so, usai makan, sy bersiap2 utk menunaikan slt zuhur dan asar (jmk n qasar). bila sy masuk ke ruangan solat, sy lihat ramai muslimat tgh menunggu utk bersolat...bkn sbb ruang solat x cukup tp diaorg tgh tunggu turn utk guna telekung solat. sy katakan kt kwn2 yg turut bersama2 saya masa 2, kenapa tak solat saja tanpa guna telekung solat. solat je la ngn pakaian yg sedia ada...sudah tentu la jawapannya, "tudung sy nipis, baju pendek, ketat"...humm. lantas, saya membentangkan sejadah lantas menunaikan solat dgn pakaian sy. ..usai solat, sy mendapatkan kwn2 yg masih menunggu utk bersolat. "pakaian Islam jgk yg terbaik...tutup aurat bkn saja dlm solat. kat luar pom kena tutup ngn sempurna jgk. bukan jugak, bahkan WAJIB..nk solat x semestinya guna telekung. tanpa telekung pom bley asalkan tutup aurat, x ketat n pakaian x bernajis. mudah kn Islam?...x susah pom..."

kt bukan mengadap Allah dalam solat je...tapi spnjg masa kita berinteraksi dgn Allah. penilaian Allah tdk hanya terbatas dalam solat saja bahkan di luar solat...kalu x nk solat sbb tudung yg dipakai jarang, jadi apa yg bezanya bila tudung yg jarang itu dipakai di luar solat. buat tatapan para ajnabi...sama la jgk dgn konsep berpakaian...ketat dan terdedah!!! Allah kan dah suruh kt jaga bab 2. tp knp x nk dgr...ego dgn Allah ke..kalu rasa hebat sgt nk lawan apa yg Allah suruh, buatlah dunia lain...duduk kat situ sorang2.

apapun, pakaian islam lah yg paling cantik, menawan dan anggun...x da yg dapat melawannya...kalu rasa malu nk pakai t shirt labuh, baju kurung n jubah yg dirasakan kolot, beli je kemeja labuh n blouse utk muslimah...byk yg cantik2 n moden2 kt kedai...byk skrg baju2 cam2 dijual online...kalu x jumpa cari, di sini sy sertakan website nk cari baju2 cam2. cantik2 belaka...bley beli online je.x yah g jauh..http://www.salamsantun.com.

OK la..smg perkongsian ini tdk menyebabkan hati mana2 pihak terusik walaupun hakikatnya hati sering diusik..mintak maaf atas kata2 yg keterlaluan...x pa, sakit hati di dunia lebih baik drp sakit jiwa di akhirat...otey! wassalam...

Thursday, January 27, 2011

AKU GILA ATAU GILA-GILA...


"ima, b4 aku kenal ko...aku selalu pk ko ni jenis yg serius n garang.sampai takut aku nk tegur...tp bila aku dah knl ko, rupa-rupanya ni perangai ko yek.."...humm, ni yg selalu kawan2, junior2, senior2, selalu ckp kat sy...hahaha, org kata x knl maka cinta. muka je nampak perasan 'macho', tp ...huh.

junior2 terutama adik2 usrah pom kadg2 pening dgn saya...hehe.kdg2 x dpt control perangai 12 thn sy ni. nk wat camna, ni perangai azali.kdg2 cuba nk jd dewasa jgk, tp cm susah je.mungkin pengaruh famili tercinta kot yg masih melayan sy cam kanak-kanak ribena.hehe.maka x hairan la perkara biasa bg saya utk bersepak terajang dgn anak sedara yg berumur 7 thn..dasyat tol.adoi..kdg2 ada jgk kwn2 yg tegur suh berubah sikit perangai ni tp tgh try berubah la ni...try nk buang perangai hyperaktif ni....ala, baru 22 thn..(errrrr....muda lg ke)

apapun, setiap org diciptakan dengan pelbagai perwatakan yang berbeza...kdg2 kita x sedar yg ia mampu memberikan pelbagai kelebihan pd kita...bagi saya, sy eppy bila sy dpt menarik orang dgn perangai sy ni. menarik org utk apa? mestilah ke arah benda2 baik. sy nk org selesa ngn saya. sy x suka menghipokritkan diri. mereka yang berkawan dengan jasad saya perlulah jgk berkwan dengan perangai dan peribadi saya. biar kawan-kawan sy mengenali saya dengan perangai saya ini...saya x nk jd serius sebab bila saya serius, saya akan serius betul2 dan takut bila sikap serius saya nt akan membawa kpd masalah emosi atau kemoodyan yg melampau...jd, sy mengambil keputusan utk eppy2 saja. tp masih menjaga adab2 seorang muslimah...insyaallah.

alhamdulillah, dgn sikap terbuka saya ni, orang mampu utk bercerita ttg mslh mereka kpd saya...dan yang penting sy dpt mendekati golongan2 yang pelik dan bersillaturahim dgn mereka. kdg2 golongan yang camni memerlukan orang "berjiwa" dgn mereka utk berkongsi masalah dan perasaan mereka.apa yg penting bg sy, sy dapat mengenali bermacam2 jenis orang dgn pelbagai sikap yg berbeza.kdg2 kita x jangka pom ada org yg bersikap seperti itu di dunia ni.tp, bila kita mampu utk tidak mengeklusifkan diri kita dalam bersillaturahim, insyaallah pelbagai pengalaman yang akan kita perolehi...bukankah itu sikap yang perlu ada pada para dai'e...jangan terlampau mengeklusifkan diri...

salahkah saya kerana bersikap seperti ini?...saya tahu, mungkin sikap saya ini menyebabkan ada org yg x selesa dgn saya.tp x pa lah...yang penting saya bahagia dan orang lain pom bahagia dengan saya. tp apa yang salah dan kurang, insyaallah saya berusaha untuk memperbetulkannya.



ni la adik2 usrah saya...mcm2 ada

Wednesday, January 26, 2011

AKU SEKARANG

aku sekarang...terasa ingin bercinta tapi tidak mahu dicinta

aku sekarang...terasa ingin dibelai tapi tidak mahu dibelai

aku sekarang...terasa ingin menyayangi tapi tidak mahu disayangi

aku sekarang...terasa ringan jari ingin membalas salam perkenalan yang diterima...tapi jari tidak mahu bertindak

aku sekarang...terasa ringan mulut ingin melafazkan perkataan "aku sayang dan rindu"...tapi bibir pula terkunci

aku sekarang...tamak kepada perasaan itu...tapi...
  • kenapa aku perlu tunduk kepada nafsu yang mendesak...kenapa aku pula yg didesak nafsu?kenapa aku tidak mendesak nafsu?
  • bukankah Allah telah berjanji untuk memberikan yang terbaik kepada orang yang sabar??? kejinya aku jika tidak yakin pada janji-NYA.
  • kenapa aku tidak mencari ketenangan di sebalik sujud pada-NYA...terasa sia-siakah munajat kepada-NYA selama ini?
  • tidak sedarkah aku akan ketidaktenangan yang kualami...tatkala perasaan yang tidak halal menganggu perasaan?
marilah sahabat2 kita sama2 menguatkan roh dalam diri ini...taukah kalian, kerna maksiat itu hati kita terasa kotor dan kosong bahkan kadangkala sepi dan sunyi. bukannya alasan jika ada yang mengatakan "aku tidak boleh mengawal perasaan!!"...aah, tipu semata..kenapa orang lain boleh kawal...engkau pula tak boleh.padahal manusia dikurniakan jiwa yang sama. mmm, jika itu jawapannya, selidiklah paras iman dalam diri...tapi kadangkala orang yang tampak faham agama juga tertewas dgn perasaan...maka dengan itu, gabungkanlah peranan akal dan iman tatkala nafsu mula teruji...

.......moral yang aku dapat, jangan mudah menghukum mereka yang datang mengadu tentang nikmatnya cinta dan sengsaranya perasaan itu..anggaplah mereka mad'u yang memerlukan bimbingan dan belaian nasihat drp kita yang masih tidak diuji walapun hakikatnya hati sering teruji.

.......kenapa mata perlu memandang jengkel kepada mereka yang berjiwa rapuh...salahkah mereka tatkala tertunduk dengan bisikan syaitan pendesak. kenapa tidak dipimpin tangan mereka menuju YANG BENAR sambil membisikkan kata-kata nasihat bersalut keimanan dan keikhlasan.

.......kenapa perlu memandang negatif kepada mereka yang suka menulis ttg ayat-ayat cinta, madah perasaan dalam blog mahupun tinta media yang lain...kenapa kita suka menghukum...walaupun hakikatnya hukuman itu perlu.

ASTAGHFIRULLAHALAZIM...AMPUNI AKU WAHAI ALLAH YANG MAHA PENGASIH.BERSIHKAN HATIKU YANG SEMAKIN KABUR BERGELUMANG DOSA...AMEEN.

wahai Allah yang ku sayang, berikan hatiku kepada pemiliknya yang terbaik...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails