
cinta ni memang nikmat..nikmat sangat. tapi saya x bely la nk explain sejauh mana kenikmatan 2 sebab saya pun x pernah bercinta. Alhamdulillah setakat ni Allah Taala masih menjaga perasaan cinta dalam hati ini walaupun hati ini sering meronta-ronta minta diisi. "Ya Allah Engkau peliharalah rasa cinta dalam hati ini.Sesungguhnya kasih sayang dan perasaan cinta, kasih dan rindu ini hanya ku simpan untuk dia sahaja. Aku sanggup berkorban Allah asalkan rasa kasih yang aku pelihara untuk bakal mujahidku ini terpelihara dan tersusun kemas dalam sanubariku…Amin"
YA ALLAH ENGKAU CINTA AGUNGKU...
setiap orang mesti ada pengalaman cinta ni. saya pun ada la gak tapi x da la sampai bercinta betul2. biasala manusia ni terutama dalam perjalanan mengharungi keremajaan ni, saya pun pernah jugak tersuka kat orang tapi yang tensionnya asyik saya je yang bertepuk sebelah tangan...(waaaa ...sedey!!!). tapi x pa la mungkin Allah x nak bagi lagi nikmat cinta itu kat sy. mungkin lepas dah dapat, hati ini akan jadi lalai mengingatiNYA. sekarang ni apakata kalu kita sume pakat2 berlumba berebut cinta Allah. Allah dah conform cinta kat kita. tapi sejauh mana kita cinta kat Dia. situasi ni lebih kurang camni la, contohnya kita suka kat seseorang. pastu kita dpt tahu orang 2 jugak suka kat kita. mungkin lepas 2 kita akan berusaha untuk membalas cinta dia. samala dengan konteks cinta Allah ni, sejauh mana cinta Allah itu dibalas??... nikmat percintaan dengan Allah yang paling bernilai ialah kekusyukan dalam solat. Ya Allah, sesungguhnya hanya Engkau la yang mengetahui akan kehebatan nikmat kusyuk itu...andai bumi ini diberi percuma kepadaku, akan ku tolak kerana nilai kusyuk itu lebih tinggi nilainya. SUBHANALLAH, ALLAHUAKBAR...Allah, berikan aku peluang untuk terus bercinta denganmu. Aku hanya mahukanMU Tuhan untuk berada dalam limpahan kasih sayangMu. Saya teringat kata -kata seorang pensyarah yang membicarakan tentang cinta. bicara tersebut berbunyi, "kamu jangan obses sangat apabila berbicara tentang cinta". sahabat faham x apa maksud 2?. camni, kita semua kan tahu yang nikmat kasih dan cinta itu juga merupakan ujian kepada hambanya dan ia terpulang kepada hambanya untuk mengharungi tersebut. tetapi ada juga sahabat2 kita yang tewas dalam medan percintaan ini sehingga mengundang kepada kekecewaan dan sesalan yang tidak berkesudahan. bagi sahabat2 yang masih terlepas dari 'ujian' tersebut, jangan berasa diri anda berada dalam keadaan selesa. kita ni, apabila tengok sahabat kita yang telah 'tewas' 2, janganlah dok mengata+hina+kutuk diaorang. manala tau kan, bila Allah nk bagi ujian 2 kat kita, nanti kita pula yang over drpd diaorang. apa salahnya kalu kita dekati n bergaul dgn diaorang. 2 pun salah satu pendekatan dakwah gak....kan,kan,kan???
SEDAR DIRI SIKIT...!!!
bagi sahabat yang merasa diri mereka masih 'berseorangan', jangan merasa tersisih. kita kena ingat, Allah buat kita ats dunia ni berpasang-pasangan. insyaalllah jodoh akan tiba juga cuma lambat atau cepat je. memang la sume orang nk kawin tapi kita kena tengok samada kita dah bersedia atau belum. kalu diri sendiri pun x bley nk jaga, camna nk jaga masjid yang dibina. silap2 ari bulan tangga yang runtuh dulu. jom kita pakat rancang masa depan dan apa salahnya kalu kita berbakti dulu kt mak ayah. tapi kalu dah x bley tahan, 2 dah sampai tahap wajib kawin. skrg ni, marilah kita berusaha untuk mencari cinta Allah dulu. lengkapkan diri dengan pengetahuan Agama yang secukupnya agar ia mampu menjadi benteng kepada realiti kehidupan yang sebenar.tepuk dada, tanya iman/jangan tanya nafsu sebab nafsu akan jawab 'YES' je. jadikan kisah cinta kita lain daripada orang lain...
"wahai wanita solehah, jangan risau akan jodohmu kerana muslimin yang bijaksana itu tdk akan terpaut pada wanita hanya kerana kecantikan, lirikan senyuman, pada bicara manja yang menggoda dan pada pujuk rayu seorang wanita yang meruntuhkan imannya. sesungguhnya lelaki itu adalah pemimpin kepada wanita . andai belum sampai jodohmu, anggaplah bahawa adam yang kau natikan itu sedang membina sahsiah kepimpinannya bagi memimpin dirimu. kerana pada wanita itu pasti ada kekurangan dan adam yang benar2 layak pasti akan hadir untuk melengkapkanmu"
No comments:
Post a Comment