Wednesday, March 17, 2010

PESAN UMI...

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG...

pada ruangan kali ni, saya nk berkongsi satu kisah dengan anda semua. kisah ini berkaitan dengan seorang gadis remaja bernama Jaja.ceritanya bermula;

...........*******************.........................

Jaja melihat jam di tangan. jam sudah menunjukkan pukul 9.30 malam. dalam 15 minit lg, dia akan tiba di stesen bas. Cuti selama seminggu benar-benar mengembirakannya. masa yang ada ini akan digunakan sebaiknya untuk bermanja dengan umi dan abah. lama benar dia tidak meluangkan masa sebaiknya dengan mereka. disebabkan tugasan yang banyak dan pelbagai program yang perlu dihadirinya, dia tidak dapat berlama-lama di rumah.

sebaik turun daripada bas, dia melihat abah melambai-lambai tangan ke arahnya sambil tersenyum. lantas, dia pergi mendapatkan abah dan mengucup tangannya. hilang seketika masalah tatkala menatap wajah abahnya itu. insan yang banyak memberikan semangat kepadanya tatkala dia dilanda kesusahan. selepas itu, mereka berangkat pulang ke rumah. tidak sabar untuk berjumpa dengan umi tercinta.

sebaik saja tiba di rumah, Jaja mendapatkan umi yang sedang tersenyum manis di muka pintu. rindunya pada umi yang begitu penyayang ini. baginya, umi dan abah adalah segala-galanya dan mereka merupakan contoh ibu bapa terbaik. umi memeluk manja Jaja. air mata menitis tanda kerinduan yang teramat sangat kepada anak bonsunya itu.

"umi, adik lapar. tadi adik tak makan ms bas berhenti. umi masak apa?"...Jaja merengek di sisi umi tercinta. kebiasaannya, perjalanan dari Perak ke Kelantan hanyalah 6-7 jam sahaja dan dia sepatutnya tiba pada pukul 5 petang tadi. tapi disebabkan bas mengalami kerosakan di perjalanan dan kesesakan lalu lintas, dia telah terlewat tiba. "ala adik, sbnrnya umi tak masak malam ni. tadi umi pergi kenduri kat rumah Mak Wan. ingatkan adik dah makan. tadi umi telefon adik. tp x dapat. ingatkan abah dah cakap kat adik tadi."...umi memberitahu dengan muka bersalah. mungkin hatinya tak keruan memikirkan anaknya yang kelaparan. jam sudah menunjukkan pukul 10.30 malam.

"abah lupa kot. tak apa la umi. nanti ada minum milo jek. x pa."...Jaja bersunguh-sungguh menenangkan uminya. niat di hati tak nak menyusahkan uminya memikirkan uminya yang kepenatan di rumah Mak Wan. kebiasaannya, umi akan bersama-sama menjadi 'tukang masak' jika ada kenduri di kampungnya. budaya masyarakat kampung memang macam tu. kemudian, Jaja meminta diri untuk ke bilik membersihkan diri.

setelah membersihkan diri, Jaja turun ke dapur untuk mengisi perut. minum milo pun jadi la. kemudian, dia melihat umi sedang memasak sesuatu. mee goreng!!!!!...."umi masak ke. kesian umi penat." Jaja mendapatkan umi. umi menghidangkan mee goreng di atas meja. " x apa adik. kesian adik lapar. umi tak penat pun. makanlah"...

malam itu, umi menemani Jaja makan. " Adik, adik dah kena bersedia."...Jaja berhenti menyuap mee sambil memandang umi. " knp umi?..bersedia untuk apa?"...umi tersenyum. "Adik dah 21 tahun da skrg. dah besar dah. x lama lagi dah nak habis belajar. kemudian, keja.lps 2, kawin"...Jaja masih kepeningan. tidak faham maksud uminya. umi seolah-olah memahami kepeningan Jaja. "maksud umi, Jaja dah kena bersedia untuk menjadi isteri dan ibu. cuba tengok umi ni. memang umi penat malam ni, tapi bila tengok Jaja lapar, umi tak sampai hati. sebab 2 la umi masak juga untuk Jaja walaupun dah lewat malam. nanti bila Jaja dah ada suami, kemudian suami Jaja balik lewat malam dalam keadaan lapar dan letih, apa yang Jaja nak buat?. mesti Jaja akan buat apa yang umi buat pada Jaja skang ni.faham?"...Jaja mengangguk. umi memang begitu, selalu memberi nasihat kepada anak-anaknya terutama berkenaan hal rumah tangga. sebab itu Jaja kagum pada uminya tertutama apabila melihat layanan umi terhadap abahnya.

tetiba Jaja teringat cerita ustazahnya. suami ustazahnya itu adalah seorang penceramah dan sentiasa balik lambat ke rumah. pernah pada satu hari, suaminya pulang pada pukul 3 pagi dalam keadaan lapar dan ustazahnya itu dengan seikhlas hatinya memasak untuk suaminya. besarnya pengorbanan isteri. Jaja termenung sendiri. macamana agaknya dengan isteri seorang pejuang agama? yang masanya tidak menentu di rumah. selalu balik lewat. bagaimana agaknya layanan isteri mereka...teringat kepada ustaz-ustaz yang pernah ditemuinya ketika menghadapi program Islam. bagaimana agaknya layanan isteri-isteri mereka. dahla selalu ditinggalkan. kemudian layanan yang diberikan juga tidak seperti pasangan suami isteri normal yang lain...mmmm, entahla. Jaja mengeluh. dapatkah dia menjadi seperti mereka. "apa yang adik keluhkan tu.dah, habiskan makanan tu.dah lewat ni. umi pun dah mengantuk."..."baik umi". Jaja menghabiskan suapan terakhirnya.


mmm, dapatkah aku menjadi semulia Khadijah? sesuci Aisyah? sesempurna Fatimah?...berikanlah yang terbaik buatku...YA ALLAH...!!!


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails