Sunday, June 6, 2010

ima, itu adalah anugerah Allah....mmm

Assalamualaikum...

selama 3 minggu ni seluruh warga IPGM akan bercuti selama 3 minggu dan slmt bercuti saya ucapkan. semoga jangan hati kita pun ikut bercuti...pamerkan akhlak dan tingkahlaku yang baik di rumah buat penyejuk mata ibu dan ayah tercinta...insyaallah.

Alhamdulillah, saya selamat sampai ke Kelantan pada petang semalam. sebenarnya saya x berapa suka cuti panjang sbb saya akn letih. letih badan sbb x da kerja nk buat (x da kerja pun letih ke) n letih otak sbb otak akan kurang berfikir...INILAH LUMRAH CUTI...segala-galanya ikut bercuti...semoga Iman saya tidak turut bercuti. rutin saya ari ni, x da ape2 yang menarik, selesai mathurat, saya ke pasar temankan kakak (benda yg x berapa suka...yaks!!), then main2 ngn ank2 saudara yg pelik2 then ketiduran sekejap...penat naik bas x ilang lg...pakcik bas smlm bwk bas cm ultraman. laju segala...!!!

tp bukan itu yg sy nk fokus pd post kali ni...ada benda lain yg sy nk kongsi. sgt berharga buat sy. terlebih dahulu, terima kasih kepada ustaz zakaria, pensyarah yg tlh sy anggap sprt ayah sendiri...ustaz byk membantu saya dan banyak perkara yg tlh sy kongsikan dgn ustaz...ada sesuatu pd diri ustaz yg istimewa di mata sy...semoga ustaz menjadi murabbi yang sentiasa dalam keberkatanNYA...sehingga sekarang, sy masih terngiang-ngiang nasihatnya utk sy sebelum pulang bercuti ni...

ima : ustaz...nk tanya sikit boleh? ada x ubat atau ayat2 yg boleh ilangkan pimples sy ni...hehe

ustaz : ada...

ima : apa nya ustaz?

ustaz : selalu berwuduk

ima: ala, 2 sy selalu buat...nk tidur pun sy wuduk dl...tp muka x cantik2 pun (ayt x bersyukur...apa la aku ni. teruk betul)

ustaz : hah! 2 la pasal...sebab niat nk cantik..sbb 2 la muka jd cam 2

ima : ala ustaz...bknnyer apa..sy pun nk jgk rs jd cantik mcm diaorg2 ni (sambil tunjuk kt
kawan2 sy yg lain)...kalu bley, time remaja ni sy pun nk rs cam diaorg rs jgk..cantik, muka licin (ayat sedey)

ustaz : awk ni...kita jangan niat nk cantik. tp kita niat n doa smg moga kita ni berseri-seri seperti muka orang beriman. (sambil ajar doa , tp sy x ingat. insyaallah ustaz nk bg doa 2 nt).inilah perempuan. x bersyukur dengan apa yg ada. selalu x berpuas hati. selalu rs diri tak cantik...mesti nk rs lebih lagi. sebab 2 la ramai wanita yg menentang poligami sebab x redha dgn ketentuan Tuhan.

ima : ustaz, bkn x bersyukur. tp sy pun nk rs cam orang lain rs jgk. err ustaz...ustaz ada niat nk psg lagi 1 ek...(hehe)

ustaz : kalu x da penyakit buat apa cr penyakit...awk ni. awk nk dengar 1 kisah x? pernah dengar x nama Uwais Al-Qarni? pada zaman rasulullah, baginda ckp kat Saidina Abu Bakar "1 hari nanti engkau cari seorang lelaki yg bernama Uwais Al-Qarni dan suruh dia berdoa untuk engkau"...selepas baginda wafat, Saidina Abu Bakar pun pergila cari lelaki ni. namun x jumpa2..then selepas Saidina Abu Bakar ni meninggal, Saidina Umar plak yg menyambung usaha mencari lelaki yg nama Uwais ni. nk tahu x cerita psl Uwais ni?... Uwais ni tinggal ngn mak dia kt sebuah kampung di Yaman. Uwais ni badan dia penuh dengan sopak. tp org kampung ckp dia ni gila sbb dia selalu mengendong lembu (mcm kendong baby). bayangkan, dia kendong lembu 2 sejak lembu 2 kecik sampailah besar...boleh bayang x berat lembu berapa? tau x sbb apa dia selalu kendong lembu? camni, dia nk bawak mak dia yang uzur ke Makkah, tp dia x da duit sbb org susah. jadi, dia pun practise la kendong lembu 2 sbgai persediaan untuk dia nk kendong mak dia ke makkah dengan berjalan kaki. bila tiba hari dia ke Makkah, dia pun kendonglah mak dia dari Yaman ke Makkah. boleh bayang x jauh mana perjalannya 2? tp disebabkan niat dia nk bawak mak dia ke Makah, dia sanggup hadapi semua 2...tangan mengendong mak dan belakang membawa barang-barang. bila sampai ke Makkah, dia kendong mak dia ms tawaf, saie n everything...bila kat sana, mak dia tanya...apa yang kau doakan di Makkah ni?. Uwais pun jawab, "aku doa semoga mak masuk syurga"..mak dia pun kata, "Uwais, kenapa kau x berdoa untuk diri kau sendiri? doa lah semoga sopak kau 2 hilang"...tau x Uwais jawab apa? "x apalah mak, SOPAK NI ANUGERAH ALLAH pd sy. x pa la mak."..tp mak dia tetap suh dia doa jgk supaya sopak 2 ilang, last sekali dia pun berdoa la...n tahu x doa dia camna?..camni doanya" Ya Allah, OLEH KERANA MAK aku, ENGKAU hilangkanlah sopak di badanku ini. tapi ENGKAU tinggalkanlah sedikit sebagai kenangan"...SUBHANALLAH, hebat x dia. berdoa untuk hilangkan sopak kerana mak dia. dengan izin Allah, sopak dia pun hilang. yg tinggal hanyalah sedikit saja di badannya sebagai kenangan pada bahagian belakangnya (sama seperti kedudukan tanda yg terdapat di belakang Rasulullah)...maknanya, tanda bekas sopak yg terdapat di belakangnya sama seperti tanda yg terdapat di belakang Rasulullah. Akhirnya, Saidina Umar pun berjumpa la ngn Uwais Al-Qarni ni...setelah mendapati ciri-ciri pada Uwais ni seperti yg disebutkan oleh Rasulullah (terutama tanda sopak di belakangnya), dia pun meminta Uwais ni berdoa (x tahu la plak doa apa 2)...Allah mengabulkan doa dari Uwais ni sebab Uwais ni seorang anak yang taat kepada ibunya dan Allah terutamanya...serta sifat syukur yg terdapat pd dirinya...(x kisah pun dengan sopak yg terdapat di badannya)

ima: (terus terdiam dengar cerita ustaz. sebak n rs nk menangis serta malu sendiri...kepada Allah terutamanya)

ustaz : awk kena terima pimples yg terdapat di muka awk 2 sebagai satu anugerah. bersyukur...ada hikmah 2. mungkin kalu awk muka licin x de pimples, awk x jadi camni. ntah2 awk tgh dok couple tgh2 mlm ni...x pergi surau. ambik contoh dari cerita Uwais Al Qarni 2.

ima : (tunduk mengiakan...)...sy tahu ustaz dan sy selalu pk ada hikmah muka sy camni..tp, kalu bley, sy nk cantik untuk suami sy nt...kesian la dia. (ayat sedey + malu)

uztaz :kecantikan ni bukan terletak pd wajah je...tetapi dinilai dr pelbagai sudut. akhlak terutamanya. saya bercakap ni ats dasar sy ni seorang lelaki...(lalu, ustaz, bercerita ttg kisah dia n isterinya sehingga membawa kepada perkahwinan yang kita pun susah nk percaya. kalau anda nk tahu cerita ustaz 2, nt bleyla jumpa sy yek...) lelaki yg soleh x akn terpikat pd kecantikan. awk boleh tengok lelaki 2 jujur ke x. kalu dia bley terima awk dlm keadaan camni, maknanya dia 2 jujur. ikhlas terima awk...yg penting akhlak dan pembawaan awk 2 yg penting.IMAN DAN TAQWA..boleh ima? awk ni, mungkin jerawat kat muka awk 2 pemanis?...(ayat mujuk ke)

ima : insyaallah ustaz...(and ada lagi la kesinambungan perbualan kami...tp stkt ni je la yg sy nk kongsi)

:::sebenarnya malam itu saya sebak sangat n malu pada diri sendiri...terutama pd Allah. nape la saya ni x bersyukur..banyak dah nikmat yg Allah bagi tp still x puas jgk...nk lebih dan lebih lagi...mulai hari ni saya akan jadikan Uwais Al Qarni sebagai sumber kekuatan saya dan insyaallah sy akan ingat malam 2 sampai bila-bila..lagipun, sy tahu.sy x la hudoh sgt (errrrrr..huhu).siapa sy nk kata ciptaan Allah ni hudoh. kalu sy kata sy hudoh, maknanya sy hina Allah la sbb Allah yg cipta sy. . mungkin pembaca anggap cerita ni biasa jek tapi amat bermakna bagi saya... sesungguhnya segala yang diciptakan Tuhan 2 ada hikmah yang tersembunyi walaupun jauh di sudut hati, saya ingin juga membuat "perubahan" , tp biarlah perubahan saya itu berlandaskan syariat yg betul. bukan ats dasar nafsu semata. kepada anda yg tidak diuji seperti saya ni, hargailah dan selalulah bersyukur dengan nikmat yang diberi...sesungguhnya setiap orang ujiannya berbeza. bergantung kepada kapasiti iman masing-masing. WALLAHUALAM...

ps :// (kalu ada kseilapan pd cerita Uwais ni, bley la bg teguran yek)



















No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails