Thursday, June 10, 2010

kuatkah iman kita

assalamualaikum...

alhamdulillah, dah nk masuk minggu ke -2 cuti ni...dan bagi saya, cuti ialah masa utk menguji sejauh mana iman kekuatan iman kita. jika di Kampus, kita berada dlm suasana tarbiyah dan dikelilingi oleh shbt2 yg sentiasa "menjaga" kita, maka kita pun akan turut "terjaga"...jika di Kampus kita konsisten dengan solat di awal waktu, bacaan al quran, mathurat dan penjagaan aurat (stoking khususnyer) n dll...tetapi adakah di rumah, adakah kita akan konsisten dgn amalan2 ini...

kalau nk tgk iman kita sekuat mana..masa cuti ni la ms terbaik utk menguji tingkat iman kita...sanggupkah kita meninggalkan cerita "dendam org minyak" utk menunaikan solat asar tatkala mendengar azan? sedangkan cerita tersebut bermula pkl 4.30 ptg...ataupun selepas solat subuh, adakah kita meluangkan ms untuk membaca mathurat mahupun berselawat utk seketika cuma?...tegakah kita meninggalkan tilam empuk yg sedia menunggu...mmg byk cabaran bila berada di rumah..gelak tawa bersma family, pelbagai rancangan tv menarik yg sedia menunggu n sbgainya lg...benda2 yg sebegini la yg menguji sejauh mana kah keteguhan hati kita...adakah kita masih dpt menjaga diri kita dan ibadah kita bila berada di rumah seperti mana kt menjaganya ketika berada dlm suasana tarbiyah yg kita rasai ketika di Kampus...

namun, jika hati kita ni masih mampu berdetik, "Ya Allah, teruknya aku.solat lmbt ni...Ya Allah, quran x bc lg ari ni...Alamak,stoking x pakai plak"...itu maknanya Iman kita masih "segar".bersyukurlah!!!...bajai IMAN yg segar itu dengan melawan segala macam dogaan yg mendatang dan sama-sama lah kita muhasabah diri untuk menjadi umat yg terbaik di akhir zaman ini.wallahualam...









No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails