Wednesday, June 30, 2010

tulis-tulis...

bismillahirahmanirahim....

pejam celik, pejam celik dah nk masuk seminggu semester ini bermula. rasa x puas lg waktu cuti ari 2, dpt berjumpa dgn adik beradik yg lm x ketemu...tiap kali cuti maktab, sy mesti x berpeluang berjumpa dgn kakak2 sekalian disebabkan cuti yg tdk sama. alhamdulillah, cuti semester baru-baru ini saya berpeluang berjumpa dengan kakak sy yg ke-5. seingat sy kali terakhir sy jumpa dia 3 bln lalu. tp hati agak terkilan kerana x berpeluang berjumpa dengan kakak yg ke-6 disebabkan saya terpaksa pulang awl ke maktab disebabkan ada hal yg perlu diuruskan.kali terakhir sy berjumpa dia ms cuti akhir semester thn lps, bln 12...tp x pa, sy fhm..bl masing2 mula menuju kedewasaan, masing2 akan ada life sndiri. sedih mmg sedih, terasa mahu kembali ke alam "kecik-kecik" dl.bermain sama2, gaduh2...itu semua memori yg terindah. apapun, tahniah kepada adik sy kerana pd hari ni dia akan mendaftarkan diri sebagai mahasiswi upm...semoga cita-citanya utk menjadi seorg veteriner akan tercapai.amin...

teringat perbualan sy dengan mak ms cuti ri 2...kata mak, dia tgh risau skrg sbb mslh sosial kat kg kami makin teruk. ramai gadis2 yg berumur dlm lgkungan 16, 17 sdg hamil ank luar nikah. bukan sorang, tp 2,3 org...kata mak lagi, ada dlm klgn bdk pompuan 2 yg buat hbgn dgn abang ipar or ayah sndiri...sy x ingat la plak...astaghfirullahalazim.kata adik sy, x hairan la kalu cuaca kat kelantan skrg ni asyik panas je.pernah adik sy gtau yg pernah satu hari 2, cuaca panas sgt. lain dr yg lain..katanya mungkin itu adalah bala. huh, sy pom x tahu nk kata apa, tp sy akui yg cuaca kt kelantan mmg sgt panas skrg...walaupun hujan turun jgk kdg2...apapun, disebabkan benda2 yg macam ni la menyebabkan mak sgt "mengongkong" kami adik beradik. mungkin kerana kami sumenya pompuan. (1 lelaki, 7 perempuan). mak tak akan sewenang-wenangnya memberikan kebebasan kepada kami untuk "berpeleseran". kalu nk pegi mana2, mesti mak akan tanya, "nk ke mana, utk apa, dengan sape n sebagainya lg dan mengalahkan polis plak"...bila saya buat muka x puas hati, mak akan ckp, "nt bila dah jadi ibu nt, korang akan tahula camna perasaan mak"...huhuk.walaupun agak terkongkong, tp sy tahu...itu sume utk kebaikan kami...

apapun, sedih dgn masyarakat skrg. lebih2 lagi bila benda ni berlaku pd masyarakat kampung yg konon-kononya terjaga. saya jadi geram bila balik kg...mana tak nyer, bila tengok anak2 muda laki n pompuan melepak2 kat tepi jalan, dengan pakaian yg entah apa2, sy jd sedih...sy terpikir, alangkah bagusnya kalu kat kg ni ada golongan yg boleh bertindak untuk menggerakkan dakwah kpd msyarakat yg semakin rosak. sy tahu, remaja2 ni bknnnya dtg dr keluarga senang. dengan tahap akademik dan pendidikan yg tdk dipedulikan, sy terfikir apalah nasib mereka kelak, apalah nasib negara nt dan yg paling penting, apalah agaknya nasib Agama Islam ni pd ms akan dtg...saya terfikir, jika ISLAM berjaya memerintah negara ini, bagaimana agaknya untuk membuat anjakan kepada sesetengah masyarakat Islam yg semakin teruk dilanda barah kemusnahan ini.

kadang-kadang sy merasakan bahawa sy bersalah kerana hanya pandai menyusun kata, menempiaskan rasa tidak puas hati saya tetapi sy tdk berusaha untuk membuat perubahan.entahla....teringin yg teramat untuk melihat biah solehah terbentuk di kg sy...lps ni tdk ada lagi, anak2 muda yg berambut hijau besorak megah sambil membonceng motosikal bersama dara yg "tersendat mendat", lps ni tdk ada lg ank2 muda yg menjadi mngsa dadah dan lps ni tdk ada lagi itu dan ini...huh!!!..x tau nk kata apa.kalu di masjid, bleh kira bilangan org yg bersolat jemaah. itupun golongan2 tua. kata mak, jaranglah ank2 muda kelihatan di masjid 2...mereka lebih suka melepak2, pecah masuk rumah org (termasuk rumah sy sendri yg pernah dipecah masuk). entahla, saya pun pening dengan masalah kerosakan akhlak yg berlaku kpd muda mudi di kg saya...alangkah bagusnya kalu ada org yg menggerakkan kelas2 Agama di kg sy, program motivasi dan seumpamanya...sy teringat ms sy kecik2 dl. sy pun adalah jgk terlibat dgn program2 ilmu yg dianjurkan di kg mcm kelas Agama n sebagainya. lepas balik mengaji, terus ke kelas agama di masjid yg diajurkan oleh seorang ustaz. pd ms 2 jgk, masjid pom selalu diimarahkan. sy teringat yg byk program yg selalu dianjurkan sbb mak saya selalu join...tp skrg, sy tgk itu semua dah x da..malah, program2 di masjid jgk semakin kurang..huh!! kenapa yek...

kesimpulannya, inilah hakikat yg berlaku pd umat akhir zaman kini...bergaul dengan pelbagai golongan telah memberikan kesedaran kepada saya betapa ramai lg mereka yg memerlukan bimbingan khususnya generasi muda skrg. sedih bila ada sahabat2 yg masih tidak dpt membaca tahiyat dan doa qunut dengan betul malah ada yg tak boleh menyebut langsung!..teringat di sekolah sy dl, sgt terkejut bila ada bdk sekolah sy yg tak tahu mengucap!!...nauzubillah.maka, bagi mereka yg diberi kesedaran islam dan dikurniakan Allah dengan nikmat ilmu ini, marilah kita sama2 menyambung kembali tugas dakwah yg ditinggalkan oleh nabi kita...marilah sama2 kita dekati mad'u kita dengan penuh hikmah dan hati yg penuh ikhlas serta jiwa yg mekar dengan kasih sayang...kesian sgt kepada mereka2 yg masih tercari2 fitrah diri mereka sebagai hamba Allah yg sebenar...takut kita pula yg dipersalahkan di akhirat nt kerana membiarkan sahaja mereka2 ini berterus-terusan berada dlm kejahilan...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails